PENGANTIN DARI REMBIA, MELAKA

Pada 19 dan 20 Disember 2008, maka detik bersejarah ini akan diingati oleh pasangan pengantin dari rembia Melaka ini. Gee tak ingat apa nama pengantin perempuan ini (maaf ya).

Ketibaan Gee agak lewat memandangkan Gee terpaksa bertugas sehingga pukul 4 petang. Kemudian baru Gee bertolak ke Melaka. Mujurlah adik Gee iaitu Chi Chi dan kawannya telah mengambil alih tugas Gee untuk membuat makeover untuk majlis akad nikah dan meyempurnakan majlis gemilang itu dengan jayanya.


Ketibaan Gee disambut baik oleh kaum keluarga pengantin, waktu Gee masuk ke bilik pengantin, pengantin perempuan sudah sedia memakai baju vietnam untuk persalinan. Kesian dia lama menunggu. Namun semangatnya tidak luntur setelah Gee membuat persalinan secepat yang mungkin. Nasib baik dia faham dengan tugas Gee yang memerlukan kepantasan melakukan kerja. Selan itu juga pengantin ini memakai baju sanggul lintang digantikan dengan songket bunga tabur, baju jawa, gown dan juga persalinan lace songket krim. Walau apapun Gee dapat mengejar masa dan sempat menyiapkannya tepat pada waktu sebelum acara bermula.


Pada sebelah siang pula, Pengantin nampak seri dengan baju yang Gee beli dari Amy Jans. Gee cukup suka dengan baju lace ini kerana mewah dengan manik dan labuci dan kemasan jahitannya. Senyumannya jelas terpancar dan pengantin suka di atas pujian ke atas makeup dan juga baju baru yang dipakai olehnya... Selamat Pengantin Baru...





Comments

Popular Posts