MERIAH DI MAJLIS PERKAHWINAN AFZAN
Alhamdulillah... selesai sudah majlis gemilang perkahwinan Afzan & Rashidi. Kali ini Gee banyak meletak pic perkahwinan mereka kerana PINO adik kepada Afzan telah menyumbangnya. Terima kasih kepada famili meriah ini dan Gee berasa tidak kekok bekerjasama dengan keluarganya. "... kalau hasil kerja memuaskan hati orang, sampai 7 keturunanlah ko memakoverkan orang..." kata teman-teman Gee. Syukur Gee kepadaNYA.. Sebelum ini Gee pernah membuat makeover perkahwinan kakaknya, kini giliran Afzan dan seterusnya Ati yang akan Gee paparkan nanti.



Berikut adalah gambar sesi fotografi di tasik Shah Alam. Meriah dan gamat suasana apabila kami membuat sesi fotografi tersebut. Bagaikan fotoshoot untuk majalah pengantin pulak rasaknya. Huhuhu .. Afzan dan suami memberi kerjasama yang amat baik. G suker.... :) Bagi kengkawan yang ingin menumpang glamour Gee telah selitkan sedikit gambar-gambar kenangan. Moga terhibur...


Ulasan
p/s:pic aku tak de pun.sedih lor