SITI SALMIAH MENYERLAH DI HARI PERKAHWINAN - GADIS MASJID TANAH, MELAKA

Kali ini, Gee ingin berkongsi pengalaman Gee seterusnya dengan solekan Siti Salmiah dari Masjid Tanah Melaka.
Gee disambut baik oleh tuan rumah. Rasa macam nak rush jer waktu tu, sebab hari Jumaat so masa terhad untuk Gee menyiapkan pengantin ni sebab Gee kene kejar masa untuk ke masjid(solat jumaat). Mujur on time... Seperti biasa Gee berkenalan dengan pengantin dahulu. Kemudian memulakan makeover. Wajah pengantin nampak bulat jadi di sempurnakan dengan teknik shading. Mata agak menurun perlu dibundarkan. Penggunaan foundation oren, hijau dan stick no 5, 4 membantu mendapatkan warna kulit yang serasi dengannya. Bantuan stick foundation - chinese juga membantu mengimbangi warna kulit yang gelap. Lihatlah hasilnya... Mampan...Setelesai selesai sesi akad nikah, Gee memulakan tugas Gee dengan membuat sesi persalinan. Kami habis berposing hampir lewat malam. Malam itu Siti Salmiah puas berposing dan sempat menerima pujian dari tetamu yang hadir. Nampak gaya ramai yang berminat dengan gaya solekan dan perkhidmatan kami. En. Rahman(Butik A.R) tidak putus-putus menerima soalan demi soalan berkaitan tentang perkhidmatan andaman. Sampai habislah kad bisnes Gee waktu tu. Huhuhu... apa-apapun tahniah buat En. Rahman kerana dengan bantuan beliau juga menyempurnakan solekan Gee pada malam itu. Bajunya juga cantik-cantik belaka. Syukur pada-NYA...Untuk sesi tukar-tukar baju tu Gee dibantu oleh saudara atau teman karib Siti Salmiah. Setiap pertukaran baju dilakukan olehnya. Cuma peranan Gee mengemas dan memastikan cara pemakaiannya betul dan selesa. Thanks to u...Ha... tu dia... Solekan pagi untuk hari persandingan telah bermula. Pagi tu Gee pakaikan gown putih untuk Siti Salmiah. Sapa kata orang besar tak boleh pakai baju warna cerah. Bagi Gee boleh aja asalkan kene gaya. Memang benar baju putih atau cerah menampakkan badan kita lebih besar dari biasa. Tetapi dengan potongan yang sesuai dan padan dengan gaya rambut boleh memberi kelainan bagi pengantin ini. Tambahan pula baju ni hanya untuk fotografi sahaja. Dia pun tak sangka... Cantik. Kemudian Gee memakaikan baju persandingan yang hot kat butik En. Rahman tu... Tema hijau katanya mampu menaikkan seri pengantin ini. Gaya solekan untuk eye shadow, Gee gunakan warna solekan selamat. HIJAU.

Comments

Qaseh said…
i love u punya make up....
gee..cantek la..ingat i tak?yang jumpe kat dewan sejarah haritu..heheh
geecantik said…
yez... wow pic awak posing meletop.huhuhu
hahahha
tu cara hilang kan stress tu gee.hehehhe..ape kaba?
geecantik said…
baik aje .. alhamdulillah syukur sihat sejahtera... cam mana bis nez ok ker
biss ok la gee,hehhe..ada mase singah la =)
diodexx said…
This comment has been removed by the author.
mesin.antik said…
ye...saya pon suka abang punya mekap...mmg kebaboom la...lagi2 bila dapat buku masakan free tu...hehehe
Alwanez said…
make up gee cantik la..pandai bemain dgn warne..nampak berseri pengantin
Fiza kama said…
This comment has been removed by the author.
Fiza kama said…
cun...make up yg kena sesuai...terbaek.....
geecantik said…
tq so much memberi sokongan kepada Gee Cantik Bridal House... Singgahlah ke kedai kami jika kelapangan... banyak baju baru dan pelamin baru. GEE CANTIK BRIDAL HOUSE- Alamat SU 1458-UP JALAN MASJID TANAH RIA UTAMA, TAMAN MASJID TANAH RIA,78300 MASJID TANAH, MELAKA. 063841855 (PAKAR DALAM SOLEKAN & PERKAHWINAN, INTERIOR DESIGN, LANGSIR, CADAR, DAN SEBAGAINYA)
Alamat: Di Bandar Masjid Tanah Melaka.
HP : EN.RAMAN(BOS) 012 - 689 5761 / chichi 016-3091040 / BUTIK:06-3841855

Popular Posts