Thursday, February 2, 2012

MAKEUP NINIE MARLINE PELAKON WATAK KEDUA FILEM AZURA

Mendapat sms dan panggilan telefon dari Ninie memang tidak dijangkakan. Kali ini Nini ingin mendapatkan sentuhan dari Gee Cantik untuk ke majlis priview bersama wartawan untuk filem Azura. Gee ke Damansara Perdana kediaman pelakon baru ini. Katanya ingin tampil kelainan. Satu cabaran yang besar bagi menata rias untuk pelakon baru agar tampil se gah pelakon utama Neelofa. Pemilihan foundation dan juga teknik solekan Gee Cantik dipertaruhkan bagi membuatkan diri Ninie anggun dan elegan pada malam itu. Sesuai dengan pemilihan baju yang di sponsor oleh pereka muda sugguh menepati warna kulitnya itu. Bijak dan tepat gee buatkan sanggul dan ada sedikit ponytale bagi mengeluarkan potensi dirinya yang tinggi lampai itu. So elegan. I like.
Aziz M. Osman mencetuskan idea segar dalam memperkasakan filem Azura 2012 dengan jalan cerita yang baru dan lebih menarik. Timbal balik dari filem tersebut agak baik memandangkan penonton umum selesa dengan jalan ceritanya itu, apatah lagi ia turut mempertaruhkan pelakon lelaki, Shahz Jaszlee (Shahrizal) sebagai hero dan pelakon wanita baru, Neelofa sebagai heroin. Manakala pelakon kedua bagi filem itu adalah Ninie Marline turut menampilkan lakonan yang bersahaja. Syukur Alhamdulillah Ninie suka dengan solekan Gee dan gee dirisik lagi untuk solekan untuk METRO minggu hadapan. TQ Ninie memberi kepercayaan kepada Gee...

Monday, January 30, 2012

3 MODEL TERPILH UNTUK MENJADI MODEL MAJALAH DAN JUGA PROMOSI GEE CANTIK BRIDAL HOUSE

Syukur Alhamdulillah pemilihan 3 model terpilih untuk promo 1 telah pun dibuat oleh pihak majalah. Dan 3 model tersebut adalah Mira, Sheeya dan Suhaini. Photoshoot akan dilakukan esok di S.Alam. Sila call Gee untuk keterangan lanjut.... 019-6456564. Bagi mereka yang tidak terpilih anda masih lagi berpeluang untuk promo akan datang... :) GEE CANTIK BRIDAL HOUSE - One touch may change everything...

MASA : jam 10.00 pagi
TARIKH: 1.2.2012 (RABU)
TEMPAT: Shah Alam, Outdoor Shooting.
Sila call gee untuk keterangan lanjut.

Saturday, January 14, 2012

JANGAN SALAH KE BUTIK LAIN YA! NAMA KEDAI KAMI GEE CANTIK BRIDAL HOUSE BUKAN "GEE BEAUTY"

Assalam semua... Insiden berlangsung hari ni di butik gee cantik... Kisah pelanggan GEE CANTIK yang tersalah masuk kedai berhampiran butik kami di Masjid Tanah Melaka. Dahulu namanya lain. Sekarang dah tukar nama. Its Good. TAPI agak-agaklah.... nak tahu tak dia guna nama apa.... GEE BEAUTY... Kalau dalam bahasa melayunya apa ya.... Tak ke GEE CANTIK. Costomer gee dah salah masuk kedai dan dah buat booking kat kedai tu... Masalahnya pekedai tu mengaku plak ada FB bagai dekat customer. Last-last customer nak balik ternampak kedai kami bewarna oren dan mempunyai tulisan besi tu tertulis GEE CANTIK. Customer tu akhirnya mengambil baju kami. Kesian Gee tengok customer tu. "Kalau tak dapat makeup gee cantik dan pakejnya dapat baju pun jadilah." Kata pengantin tu.... Gee sangat simpati.. takpelah dikk.... Pengajaran kepada semua costomer yang nak kebutik kami... sila lihat papan tanda kami dan juga bangunan kami bewarna oren... Lepas ni jangan dinding kedai tu pulak diwarnakan oren.... kalau baju setiap minggu ikut dah warna pameran baju kami... Kesian dengan orang MELAYU yang cam gitu... sabar jelah... * Percaya pada rezeki... :)

Friday, January 6, 2012

Hello.. im gee cantik by tomorrow morning(saturday : 7.1.2012) im free at masjid tanah melaka. So sapa nak makeup free come to ur bridal house sapa cepat dia dapat. Macam tak percaya tapi ini realiti... around 10 am -1 pm. And then sesi 2.30 pm to 3.30pm. So call me now... 019-6456564. Only 2-5 yang bertuah akan dimakeoverkan oleh gee makeup artist: gee cantik sendiri and our team.... cal now.. call now... just free...

GEE CANTIK BRIDAL HOUSE: Ingin memberi peluang bagi mereka yang tidak dapat booking gee kerana listingnya sudah penuh... jadi inilah masanya anda tampil cantik... Hanya yang terbaik dari TEAM GEE CANTIK BRIDAL HOUSE, MASJID TANAH MELAKA.

MAKEOVER TIME 10.00pagi - 11.30 pagi
OK dah dapat orang pertama dimakeupverkan adalah:
1. Azilawati Binti Mohd Said dari Alor Gajah, Melaka.

Tuesday, January 3, 2012

JOM! SERTAI KELAS SOLEKAN ASAS UNTUK DIRI. Bukan sahaja cantik dirumah tetapi juga ke pejabat.

Sila klik untuk melihat gambar dan teks dengan jelas...
Apa tunggu lagi bagi mereka yang berminat terhadap asas solekan inilah masa yang sesuai untuk anda. Setakat ini 6 orang telah mendaftar... Kami hanya memerlukan sekurang-kurangnya 10-15 orang sahaja. Cepat! masih ada peluang untuk anda tampil cantik dan mempelajari teknik solekan asas Gee Cantik. Kelas akan diadakan pada 12 Februari 2012. Pada hari ahad di Butik Gee Cantik, Masjid Tanah, Melaka bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 4 petang. Pendaftaran boleh menghubungi staf gee cantik di talian 06-3841855. Kelengkapan sila bawa buku nota, pen, towel kecil dan pencuci muka. Makan tengah hari disediakan juga barang solekan untuk belajar.

Kandungan Pembelajaran
Kulit dan Masalah Jerawat
Jenis-jenis kulit
Kelengkapan dan peralatan
Berus solekan
Peralatan lain
Masalah dan penyamar noda
Langkah penggunaan concealer
Bedak
Jenis solekan asas
Teknik asas solekan
Shading
Kening
Mata
Eyeliner
Maskara
Pemerah Pipi
Bibir
Makeover

Wednesday, December 28, 2011

BUKU SANGGUL- AZMAN RAZALI BAKAL TERBIT JANUARI 2012. SESUAI UNTUK BRIDAL.

BAKAL TERBIT!
PENGANTIN MELAYU: SANGGUL
Harga: RM39.90
Halaman: 256
Menata pengantin perlu teliti, kemas dan cantik. Selain daripada persalinan, solekan dan dandanan memainkan peranan penting agar pengantin tampil lebih cantik dari hari-hari biasa. Sebagai jurusolek pengantin, anda bukan sahaja perlu mahir menyolek malahan juga mendandan rambut dan mengubah sanggul.
Sanggul pengantin mesti tahan lama, kemas dan sesuai dengan penampilan pengantin. Anda boleh mendapatkan pelbagai gubahan sanggul yang menarik dan mudah di nashkah sulung garapan Azman Razali ini. Sanggul pengantin yang dipaparkan bukan sahaja cantik lagi menarik malahan mudah diikut dengan teknik dandanan yang ringkas lagi kemas.
"Tahniah buat Azman Razali kerana menghasilkan buku yang begitu baik dan sesuai dijadikan panduan untuk MUA(makeup artist). Banyak yang boleh dikongsi dengan teknik dan step by step yang jelas dengan penuh warna-warni. Pengalaman melihat sendiri semasa shooting buku ini sungguh mengkagumkan dan dapat melihat profesional anda. Luv it" - Gee Cantik

Saturday, December 24, 2011

KELAS GEE CANTIK BERSAMA BAYU, SYIKIN & ADI

Syukur Alhamdulillah hari ini selesai kelas untuk sesi sanggul lintang... Tunggu berita selanjutnya... Terima kasih kepada model Sheirah Lasim & Haridayu Mohd Yusof kerana sudi menjadi model kami. dari pagi sehingga malam. Tq so much ya... Nantikan berita akan datang...

Sunday, December 18, 2011

KOLEKSI BAJU GEE CANTIK. JOM MILIKINYA!

Rekaan Shiela Mohammad. Kini baju ini di miliki oleh Butik Gee Cantik Bridal House. Memasuki Majalah PENGANTIN.

Koleksi baju cantik berwarna cream dan juga peace yang disukai ramai.

Warna merah ini juga sering digemari dan mengikut statistik blog gee cantik koleksi baju ini antara yang disukai oleh pelanggan terutama hitam dan merah.
Rekaan Shiela Mohammad ini sangat cantik dan telah ditambah baiki dengan batu-batu biru yang di kemaskini menyerlahkan keadaan baju yang tersedia cantik. Untuk melihat sendiri jom ke butik kami. Pasti anda merasakan anda bagaikan puteri apabila memakainya...
Koleksi jubah biru dan hitam yang menjadi kegilaan pelanggan dan pereka fesyen kami Azrin Hashim tidak menang tangan menerima tempahan untuk koleksi jubah ala mewah berenda lace.
Shiffon mewah yang dibeli dari Eoru Moda.... So beautiful...
Apa tunggu lagi... Jom datang dan melihat sendiri baju-baju kami... Singgah dan jangan malu kami sedia menerima kunjungan anda.... :)

Monday, December 12, 2011

CONGRATULATIONS... UJI BAKAT MAKEUP ARTIST SUDAH MENDAPAT keputusannya...

Syukur alhamdulillah setelah lama mencari baru kini mendapat. Huhuh tidaklah susah mana pun untuk mencari makeup artist cuma mendapat yang benar-benar ingin menjadi makeup artist dan berusaha untuk menjadi lebih baik amatlah sukar. Setelah berpuluh yang datang dari pelbagai background. Kami merasakan 3 orang ini antara yang boleh digilap dan mampu pergi lebih jauh lagi. Tahniah kepada yang terpilih dan yang tidak berkesempatan boleh cuba lagi jika dibuka peluang. Manakala yang tidak terpilih atau tidak sempat melakukan test juga boleh mencuba lagi.Untuk pengetahuan semua, mereka akan diberi kontrak selama setahun bekerja part time di syarikat Gee Cantik Bridal House. Mereka juga akan dididik oleh Gee Cantik sendiri untuk memperkuatkan skill dan memberikan mereka semangat baru dengan sistem kerja kami. Tujuan kami adalah untuk pelanggan agar mereka berpuashati dengan solekan dan perkhidmatan kami. Good Luck to all of u dan selamat datang ke Gee Cantik Bridal House...

Monday, November 28, 2011

NEW MAKEUP ARTIST WILL BORN.... JUST WAIT AND SEE

CONGRATULATION! TO NOOR SHAHIDA HASSAN AND ZIKRI AKA TEH O CHIPSMORE. U ARE SELECTED TO BE TEAM GEE CANTIK BRIDAL HOUSE AND WAIT FOR CONTRACT AND FREE CLASS MAKEUP / GROOMING FROM GEE CANTIK. U WILL BE A POPULAR MAKEUP ARTIST ONE DAY... WAIT AND SEE THE DIFFERENT BOTH OF THEM... :)
Bagi mereka yang tidak berjaya jangan putus asa. Anda boleh mencuba sekali lagi jika diberi peluang untuk ujibakat makeup artist for Gee Cantik Bridal House... Sememangnya kami memilih dan memperbaiki mutu solekan mereka sehingga setanding dengan makeup seniour mereka. Tahniah bagi yang berjaya!

Tuesday, November 22, 2011

KELAS SOLEKAN PENGANTIN 17 Disember 2011. Daftar segera!

Assalam semua. Sekali lagi Gee Cantik akan membuat kelas solekan untuk pengantin. Anda boleh mendaftar segera. Peluang hanya datang dengan sukar kerana memandangkan jadual Gee semakin hari semakin penuh... Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini dengan mendaftar segera. Tempat terhad untuk 3 orang sahaja demi menjaga kualiti. Hungungi gee sendiri 019-6456564 atau hubungi Syikin di talian 06-3841855.

Monday, November 21, 2011

ELLY BUKIT SENGGEH MELAKA LAKSANA RATU DARI KAYANGAN

Majlis Pernikahan & Malam Berinai Elly & Hasfia from Myshotswedding on Vimeo.

Seronok melihat persiapan pelamin, dekorasi meja makan dan hantaran yang menyapa laluan pintu masuk ke dalam rumahnya. Bagaikan mahligai dari kayangan yang di penuhi dengan bunga-bungaan segar dan indah. Terdapat dua pelamin yang tersergam katanya pelamin yang telah digunakan oleh penyanyi TOMOK ini di sukai oleh Elly. Gee diplih Elly untuk melaksanakan tugas yang cukup besar di mana memakeoverknya untuk majlis akad nikah dan juga malam berinai. Baju yang dikenakan berwarna kelabu biru itu sungguh menampilkan kejelitaannya yang akan bergelar isteri... Bijak elly memilih baju yang sesuai dengan warna kulitnya. Katanya berhabis RM50K untuk mendapatkan apa yang dimpikannya selama ini. Persiapan yang dibuat amat teratur dan sungguh cantik. Fuh! bayangkan jika anda semua berada di sana. Pasti mulut tidak henti-henti memuji itu dan ini dengan persiapan rapi Elly. Luv it...Anggun sungguh wajah Elly dengan menggunakan teknik smockey eye yang menampilkan matanyanya menjadi bundar. So Sweet dan sangat jelita. Elly amat berpuas hati dengan solekan Gee Cantik. Jenis solekan ini sesuai dengan akad nikah dan lipstik yang sedikit peace dan tidak keterlaluan akan kelihatan begitu sederhana dan tidak membuatkannya wajah nampak garang. Gee membuat rambut susuk ke atas supaya dia tampil dengan keseluruhan wajahnya. Kata orang buat apa diselindung dengan wajah yang anggun. Saksikan wajah anggun Elly...
Dari padangan tepi Elly senyum tanda bersedia untuk diijab kabulkan. Memastikan setiap detik diabadikan dengan penuh terancang agar tidak terlepas dari momen yang terindah sepanjang hayat.Solekan Mata Elly dari sudut dekat. Warna MAC sememangnya pilihan Gee warna seakan 3D itu memberi kesan warna yang memukau. Di samping rona gangsa dan keemasan memberi kesan yang sangat cantik dari pelbagai sudut pandang.
Teman baiknya ketika di Universiti setia menanti dan seronok berkenalan dengan nya. Merupakan tenaga pengajar di Universiti Malaysia. Kemesraannya terserlah dan sesuailah Elly mendapat kenalan yang begitu setia dengannya. You are so great!
Elly Dalam pelukan suami tersayang setelah diijab kabul dengan sekali lafaz memberikan nafas lega. Cuma selepas ini satu tanggungjawab yang amat berat perlu dipikul dalam melaksanakan peranan masing-masing dalam menguruskan rumahtangga. Moga anda berdua berbahagia ke akhir hayat.
Terima kasih kepada G i Photoshoot yang sudi memberikan pic dan Wedding Videography by MYSHOTS myshotswedding.com kerana berkongsi video klip Elly dan suami. Sangat romatik.. Cayalah... kalau dapat pic untuk malam berinai kan lagi best... :) Kalau nak dapatkan khidmat mereka bolehlah menghubungi 0123904521-azran, 0172195310-herman, www.myshotswedding.com

Friday, November 18, 2011

LINDA MASJID TANAH MELAKA MENYERLAH DENGAN TEMA OREN

Hari yang ditunggu sudah tiba. Linda sudah lama menginginkan Gee Cantik untuk makeoverkan dirinya. Hisyam abangnya sibuk menguruskan usaha sama ini akhirnya membuahkan hasil. Tq Hisyam. Waktu tu Gee ada dua job di Paya Rumput Masjid Tanah dan di Alor Gajah, Melaka. Masing-masing memerlukan sentuhan Gee. Syukur Alhamdulillah sempat Gee memakeover dirinya dan lihatlah hasilnya.
Untuk memakeover Linda amatlah sedikit berhati-hati terutama struktur mukanya itu. Sedikit cengkung dan teknik shading dan blusher juga perlu betul agak dirinya tampil segar dan cantik di hari pertunangan itu. Tambahan juga pemilihan warna oren juga jarang di pilih pengantin. Untuk pengantin yang menggunakan baju bewarna oren biasanya Gee akan menggunakan warna eyeshadow bronz, coklat di campur sedikit purple dan sedikit hitam, pemilihan shading yang bertona coklat dan oren membuatkan wajah akan tampil kelainan dan sederhana. Manakala pemilihan lipstik pula sedondon dengan warna baju iaitu sedikit peace/ oren sedikit. Jangan memakai pink terang kerana akan berlawanan. Ikut juga keadaan....
Pemilihan bulu mata yang sesuai dengan matanya juga dititikberatkan.
Get ready untuk siap... tips disini untuk menyiapkan pengantin pastikan mereka memakai baju terlebih dahulu dan siapkan sanggul dan layah agar tidak terkena kesan lipstik nanti. Baru kemas dan teratur... walaupun tiada bergincu Linda tetap anggun laksana artis terkenal Misha Omar. So sweet!..
Tara... inilah hasil dan posing paling terbaik buat Linda. Umpama model. Kata isteri kepada abangnya solekannya cantik dan kemas. Terima kasih Hisnyam memberi info kepada kami... kami juga amat berbesar hati kerana menggunakan perkhidmatan Gee Cantik Bridal House termasuk pelamin. Bergambar kenangan dengan Linda sebelum sesi pertunangan bermula. You look great!Pelamin Pertunangan yang indah dari Butik Gee Cantik Bridal House.
Lastly Selamat Bertunang buang Anas dan Linda dari TEAM GEE CANTIK. :) Oh ya.. Tq to photographer... So great ur touch... bedikan lensamu itu sungguh memukau. Untuk mendapatkan perkhidmatan lensanya boleh menghubungi: www.rizuanibrahim.com

Monday, November 14, 2011

BAJU PERSANDINGAN FARA AF DIBUTIK GEE CANTIK BRIDAL HOUSE

Setelah berebut dengan designer lain dan juga orang kenamaan. Syukur alhamdulillah... Kami GEE CANTIK BRIDAL HOUSE berjaya merebutnya... KINI BAJU PERSANDINGAN FARA AF DIBUTIK GEE CANTIK BRIDAL HOUSE.... CALL BUTIK KAMI BAGI PERTANYAAN 06-3841855. Chi Chi. Designer by ZERY ZAMRY. Pic from : G i Photoshoot.Gambar ini pula sumbangan ihsan www.hafizmail.com. bayangkan jika anda berada di dalam gambar ini. Pasti puas hati dengan pakaian yang serba mewah bertatah batu dan kerlipan labuci yang di hias rapi oleh pereka terkenal Zery Zamry. Tiada kata seribu bahasa. Hanya senyuman menguntum dibibir... Tanda puas di hari persandingan yang gemilang.... Jadi jangan lepaskan peluang segera ke butik Gee Cantik Bridal house yang berada di Masjid Tanah Melaka... Call Chi Chi : 016-3091040