Pengambaran Drama untuk Astro Warna di Butik Gee Cantik.

Syukur Alhamdulillah... Semalam kami dikunjungi oleh penerbit dan pengarah drama serta para pelakon seperti Nabil Raja Lawak, Mamat Raja Lawak, Wan Sharmila, Dira Abu Zahar, Amir Raja Lawak dan Harun Salim Bachik di butik gee cantik. Setelah perjanjian di buat maka selepas waktu solat terawih maka mereka pun memulakan persiapan untuk shooting drama kain, jarum dan gunting( tajuk sementara). 
Tertawa kami melihat kelerah yang ditunjukkan Harin Salim Bachik dan juga Nabil Raja Lawak... Manakala pengarahnya pula amat baik dan berbudi bahasa. Jika ada shooting lagi bolehlah datang ke kedai kami ini... Bermula dari jam 11 malam sehingga jam 6.30 pagi mereka bekerja keras untuk mendapatkan angle terbaik...
Dapat juga kami melihat sesi penggambaran yang melibatkan ramai pelakon. Seramai 25 orang berkampung di butik kami malam tadi. Macam sambutan hari raya dah situasinya...

Comments

Syazaa said…
Dah tengok! Best sangat cerita dia..baju2 pengantin gee pun lawa2, boleh ea rambang mata evendo tengok dlm drama je..haha!
geecantik said…
yelah,... TQ so much dik... datanglah butik saja tengok tengok

Popular Posts