Alhamdulillah TEAM GEE CANTIK juara pertandingan solekan cantik dan tempat kedua solekan muslimah....





















Pelbagai usaha dan persiapan telah dilakukan seawalnya bagi memastikan title solekan cantik berada dalam genggaman Team Gee Cantik Bridal House. Akhirnya kami dinobatkan Juara solekan cantik dan naib juara solekan muslimah.
Kami menaruhkan makeup artist wanita kami Zai dan Nurol dan masing masing telah membawa title masing-masing. Kami juga merakamkan ribuan terima kasih kepada ChiChi Melaka dan juga Azrin Hashim kerana banyak bersusah payah dalam membuat persiapan kami ini. Sang juara Amir juga turut serta dan nasibnya tidak menyebelahinya gara-gara warna kasut tidak sedondon dengan warna baju. Walau apapun keputusan kami akur dengan apa yang di berikan. Cukup besar Apa yang kami dapat dan yang paling utama adalah gee mendidik mereka berani tampil kehadapan dan mengenengahkan bakat yang ada... Alhamdulillah kemenangan tersebut mengubat hati gee kerana setiap ilmu yang diberikan berjaya titip oleh student gee. 

Terima kasih juga kepada model model kami seperti Siti Safura, Little Anne, Sya Saleh dan Cik Pipi yang banyak membantu kami ketika itu tidak lupa juga kepada tram gee cantik admind, operasi dan juga para penyokong kami yang sentiasa sabar dan tidak jemu menyokong kami.... 

Banyak baju baru kami ketengahkan dan menjadi hot seller adalah baju yang dipamerkan. Pakej istimewa menanti para pengunjung yang hadir kerana pakej yang ditawarkan memang murah giler... Jadi nikmati pakej istimewa kami...
Berikut adalah gambar sekitar pameran pengantin 2013 di Shopping Mall Padang Pahlawan Melaka.

Ulasan

Catatan Popular