SAKSIKAN NURULHUDA(LIS) DARI FELDA PEMANIS 1, SEGAMAT.

Buat pertama kalinya Gee ke Felda Pemanis 1, Segamat, Johor. Kira jauh jugalah Gee ke sana. Terima kasih Atai dari Alaf 21 kerana memberi tunjuk ajar jalan ke sana. Tidak lupa juga kepada Safa dari UKM, kakak Lis sendiri kerana sudi mengambil Gee untuk menyempurnakan majlis Nurulhuda atau lebih dikenali sebagai Lis. Saksikan cerita mereka dan pengalaman Gee di sana yang penuh dengan budaya dan tawa. TUNGGU!
Ketibaan Gee disambut mesra oleh Lis. Orangnya genit dan juga mudah ketawa. Memang seronok bekerjasama dengannya. Mudah berbincang dan mempunyai famili yang sangat ambil berat pasal Gee. Gee sangat selesa. Mula-mula nak ke Felda Pemanis ni rasa takut juga sebab rumah Lis ni agak jauh juga dari jalan besar. Namun, oleh kerana tanggungjawab Gee untuk menyempurnakan majlis bersejarah buat Lis Gee gagahkan diri juga untuk sampai ke sana. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Setelah memperkenalkan diri masing-masing Gee terus memulakan tugasan seperti biassa.
Untuk makeover Lis perlukan penelitian juga terutama pada base dan juga shading dibahagian pipi dan hidung. Agak mudah juga kerana walaupun ada bekas jerawat namun kulitnya membantu makeup Gee menyerlah. Tekstur kulitnya bolehdikategorikan agak licin. Lihatlah hasil solekan yang Gee lakukan untuknya. Berjaya menutupi kelemahan sudut wajah. Cantikkan!Pada sebelah petang selepas akad nikah. Maka Gee pun memulakan sesi persalinan untuk Lis. Baju pertama yang dipakai olehnya ialah baju Gown dan juga sut lelaki berwarna hitam untuk suaminya. Penyembur rambut sementara di highlightkan pada rambut Fazli agar lebih daring... Petang tu Gee dan kak Anizah Mohamed(AZA FOTO, Felda Pemanis 2) sibuk mencari lokasi yang sesuai untuk mereka berposing. Akhirnya kami memilih di sekolah menengah yang ada di Felda Pemanis tu. Katanya itu sekolah lama Lis. Kami sempat berkongsi cerita Lis sewaktu berada di sana. Lucu... Kami selesai agak lewat juga kalau tak silap Gee waktu tu dah hampir-hampir magrib dah. Cepat-cepat kami bergegas pulang ke rumah untuk berehat dan seterusnya menacap Lis untuk solekan malam berinai.Malam berinai di sana sangat meriah. Tambahan kehidupan di Felda dilihat sebagai satu kelompok yang mudah bekerjasama antara satu dengan lain. Agak sukar dilihat di bandar-bandar. Malam tu, setelah berehat seketika dan menunaikan solat magrib Gee meneruskan perjuangan demi menyempurnakan majlis perkawinan Lis. Malam berinai merupakan malam penting. Selalunya orang akan memakai songket. Dahulu pengantin gemar memakai songket jenis penuh. Kemudian perubahan masa menyebabkan songket bunga tabur menjadi pilihan. Lantas campuran lace dan songket terus mendapat tempat. Tetapi kali ini, Lis memilih songket bunga tabur potongan moden. Bagus Lis bijak memilih baju songket biru ini... Gee suka sangat warna biru tu sangat dominan, moden dan cantik. Kalau nak tahu mana Lis dapatkan baju ni ialah di butik Seri Idaman Pengantin (013-7421909). Pemilik butik ni namanya Faridah Bt. Suratmin. So sapa-sapa berminat dengan baju ni bolehlah berunding dengannya. Gee menambah sanggul kepunyaan Gee agar tampak lebih menyerlah penampilan Lis. Cantik sangat Lis pada malam tu, manakala solekan, Gee pekatkan dengan warna gelap dan campuran gold agar lebih dramatik pada matanya. Warna bibir keorenan membuatkan wajh Lis berubah di samping rambutnya disasak ke atas dan dibuat 'bun' supaya mukanya yang agak bulat agar kelihatan panjang. Vouge Lis!...Setelah majlis malam berinai selesai maka Gee pun sambung semula membuat majlis persalinan pakaian. Pakaian yang di pakai oleh Lis pada malam itu ialah Jawa, Lenggar India dan Korea serta pakaian Negeri Kelantan. Dah macam model dah si Lis ni. Tapi untuk mendapatkan gambar terbaik, Kak Aza photo terpaksa menunjuk gaya dan meliuk lentukkan badan Lis supaya gambar gambar yang dihasilkan bermutu. Walaupun katanya sudah berbadan dua namun semangat yang ditunjukkan oleh Kak Aza patut dipuji dan dicontohi oleh sesiapapun. I like and admire ur work. love it kak...Tema warna bagi hari persandingan Lis ialah kelabu silver. Cantik baju Lis ketika itu. Very simple and nice. Teringat kisah lucu bila Lis menyuruh Gee untuk membuat tol di aras pelamin. Katanya adat orang Johor begitu. Seronok sangat ketika itu. Kami terkekeh-kekeh ketawa. Alhamdulillah dapat juga duit tol dari Fazli(suami Lis). RM51.00 memang berbaloi-baloi. Huhuhu TQ korang di atas hadiah saguhati yang diberikan. Lis sangat berpuas hati dengan solekan Gee sehinggakan berkenan untuk menempah Gee untuk majlis ke rumah lelaki. Tetapi, malangnya Gee tidak boleh menyempurnakan hasratnya kerana sudah ada tempahan awal oleh pengantin di Melaka. Apa-apapun tahniah buat korang dan all the family support. Thanks to makcik & pakcik yang menumpangkan Gee bermalam sehari di sana. Tq so much jugak pada bapa pengantin kerana mendapatkan dan menyimpan sandal Gee yang dikatakan hilang ketika suasana ramai itu. :) Salam jumpa lagi...

Ulasan

Catatan Popular