CHI-CHI LATEST GEE CANTIK STUDENT - MELAKA

Chi-chi merupakan latest student yang baru menempuh dunia makeup artist secara offically. Orangnya gigih dan cepat menerima tunjuk ajar. Merupakan adik Gee sendiri. Gee mengajarnya supaya boleh membantu Gee dalam usaha mengembangkan butik En. Rahman, Taman Dimensi Alor Gajah, Melaka. Disamping itu juga dapat mengembangkan bakatnya yang minat dalam dunia kecantikan dan solekan. Chi Chi juga pandai menjahit manik dan labuci. Banyak juga baju En. Rahman yang telah di baik pulih mahupun yang baru. Memang menarik sentuhan maniknya.
Berbalik kepada dunia solekan... Walaupun kami mempunyai talian persaudaraan, namun Gee bersikap adil dan tegas jika cara yang digunakan bukan cara dan teknik Gee. Seboleh mungkin Gee cuba mengajar berdasarkan apa dan step yang kebiasaannya yang Gee buat agar solekan Gee sama dengannya nanti. "Kata orang... lain orang lain caranya." Terpulang kepada individu itu sendiri. Bagi Gee solekan Chi Chi hampir sama dengan sentuhan Gee. Alhamdulillah... akhirnya dapat juga Chi Chi mempelajari teknik solekan yang Gee ajarkan. Selepas Fie makeup artist, seterusnya, Lya Sweet(Ltouch) kemudian hnass dan the latest student Gee Cantik ialah Chi Chi yang bakal memberi saingan sihat dalam dunia solekan. Layari http://chichibutik.blogspot.com/... (Untuk student akan datang akan dibuka, cuma tunggu dan selalulah melayari blog Gee Cantik. Tempat terhad! Bayaran akan diberitahu kelak)Berikut adalah komentar dari Chi Chi. "Terima kasih tidak terhingga kepada Gee Cantik Resources kerana telah memberi tunjuk ajar personal class kepada Chi Chi dan hampir berjaya membuat solekan sepertinya. Terima kasih kepada Gee kerana menerima tawaran Chi Chi (dengan bayaran dirahsiakan) untuk mengajar Chi Chi secara peribadi semasa Chi Chi berhadapan dengan pelanggan.... Bile berhadapan dengan sifu nie memang mengerunkan... coz Chi Chi tahu gee dok asyik perhatikan skill Chi Chi yg tak seberapa nie.... tapi gee dengan ikhlas hati memberi tunjuk ajar dengan menyenangkan dan gee telah beri full komitmen dan berbagai tip2 yg berguna diberikan... ilmu yang ada padanya diberi tanpa lokek bile Chi Chi banyak bertanya... hasilnye memang meletop. Yang penting pengantin sangat berpuas hati dan suke dengan hasil makeup dan service Chi Chi... Ramai makcik2 suke dengan makeup Chi Chi dan ramai tetamu dan rakan pengantin yg hadir minta business card... Last Word : TQ GeeCantik & My Bride..."Lihatlah hasil solekannya... Good Job! Chi Chi...

Comments

This comment has been removed by a blog administrator.

Popular Posts