AMYZA DAMANSARA - MAJLIS PERSANDINGAN DI IJOK

Jauh juga perjalanan kali ini. Kali ini Gee Cantik ke Ijok, Selangor. Pagi itu Gee gerak awal dari rumah memandang Gee tidak berapa tahu jalan untuk ke sana. Dengan adanya kemajuan teknologi terkini, Gee bertemankan N82 Gee untuk mencari rumah yang seharusnya dituju. Gee disambut oleh suami Amyza yang sporting. Kemudian... Gee ditemani olehnya untuk menikmati hidangan yang telah tersedia awal untuk menjamu tetamu yang yang hadir. Selepas menikmati hidangan Gee terus bergegas menuju ke rumah sementara untuk pengantin perempuan. Seperti biasa Gee berkenalan sesama sanak saudara dan juga Amyza. Gee terus membuat keja-kerja makeover. sambil di temanai oleh rakan dan saudaranya. Amyza orangnya simple dan bersahaja. Tidak kekok bekerjasama dengannya. Pilihan songket hijau lumut menjadi tema pada hari itu. Dari segi makeup Gee menggunakan warna rona purple dan black serta pink. Tidak banyak untuk diperkatakan untuk Majlis Amyza kerana Gee terpaksa pulang awal kerana ada perjupaan dengan team bola jaring Gee. Dahulu gee memasuki team no 1, MANS ROYALE NETBALL ACADEMY tetapi sekarang Gee bersama dengan Team KL TOWER. Lihatlah hasil solekan dan pose menarik Amyza... Thanks a lot both of u, walaupun perkenalan kita singkat tapi Gee berpuas hati dengan layanan ual berdua. Tahniah dan Selamat Pengantin Baru.

Ulasan

Catatan Popular