NURUSSAADAH BERTUNANG DI HARI PERNIKAHAN KAKAKNYA

Ketibaan Gee pada petang jumaat lewat sedikit gara-gara terpaksa bergegas dari Shah Alam ke Kampung Lendu, Alor Gajah Melaka. Sampai sahaja Gee memperkenalkan diri kepada keluarga Nurussaadah dan juga Juliana. Sampai dibilik mereka sedang sibuk membuat persiapan terakhir mereka. Gee pun meneruskan tugas Gee tanpa melengahkan masa. Untuk makeover saadah amat mudah penggunaan foundation stick oren dan hijau digunakan bagi mengelakkan kesan lebam diwajah. Penggunaan warna oren yang berlebihan juga boleh menyebabkan muka menjadi terlalu oren dan gelap. Jadi ikut panduan yang betul supaya muka tidak menjadi lebam memandangkan kulit Saadah sedikit gelap. Penggunaan smoky eye purple digunakan bagi membundarkan mata yang kecil. Solekan simple untuk pertunangan sesuai dengan temanya. Tidak banyak yang ingin Gee kongsikan kepada peminat Gee cuma lepas makeup Gee terpaksa bergegas ke Masjid untuk menunaikan solat JUMAAT. Tu yang berbaju Melayu hitam tu. Huhuhu... Selepas solat jumaat Gee akan meneruskan perjuangan Gee untuk memakeoverkan kakaknya Juliana untuk majlis akad nikah dan seterusnya malam berinai. Tanpa rehat beb! Penat giler...

Ulasan

Kakda berkata…
cam satu transformasi yg luar biasa. teruskan perjuangan anda.
tq kak da... ala biasa-biasa jer..

Catatan Popular