AYU DARI KUALA SELANGOR - WALAU SEDERHANA TETAP MERIAH

Nantikan paparan menarik Ayu. Gee membuat makover disebelah pengantin perempuan dan juga lelaki. Dua minggu bekerja berturut-turut memang penat tapi disebabkan tugasan dan niat suci untuk menyempurnakan majlis perkahwinan mereka menjadikan Gee lebih kuat dan bersemangat. Di Kuala Selangor Gee menggunakan solekan mengikut majlis manakala di sek 24, Shah Alam solekan lebih daring. Nantikan...
Gadis genit yang comel ini tidak mempunyai masalah dengan kerataan kulit cuma yang perlu di beri penekanan adalah kebesaran matanya. Mata Ayu agak sepet dan kecil. Apa yang perlu dilakukan oleh Gee adalah dengan membuat teknik smocky dan menggunakan bulu mata yang panjang kehadapan supaya nampak lebih besar. Manakala di bahagian alis mata perlu ditebalkan begitu juga dengan tubir mata. Teknik pengayaan rambut yang sesuai dengan bentuk muka Ayu juga harus dititikberatkan supaya mukanya akan lebih menyerlah. Cucuk Sanggul yang dibeli oleh abang Gee di Indonesia menyerikan lagi seri rambut yang hitam berkilat. Sewaktu akad nikah mak mertua Ayu sempat mengangkat tangan dan memberikan 2 thumb pada Gee. Jelas ketara kumat kamit mulutnya mengatakan lawa sangat. Good. Alhamdulillah! Syukur, kebetulan muka Ayu dah sedia cantik dan makeup hanya pelengkapnya sahaja.

Semasa Gee makeupkan Ayu sekali tu Gee ternampak bekas makeup (peti yang macam mak andam makeuptu). Rupa-rupaya Ayu pernah menghadiri kursus andaman anjuran MARA. Emm.. apa lagi Gee kata kat dia, "Amboi... besarnya peti makeup, takutlah nak makeupkan Ayu. Rupa-rupanya aku makeupkan mak andam rupaya." Ayu terkekeh-kekeh ketawa. Kata Ayu, dia tak biasa buat pengantin cuma untuk kawan-kawan adalah. Apa-apapun Ayu suka dengan makeup Gee. Satu lagi peristiwa yang tidak dapat gee lupakan ialah tarikh perkahwinannya sama dengan tarikh lahirnya iaitu 16 Mei. Sama juga dengan tarikh lahir Gee dan kami disuruh memotong kek harijadi bersama. Malunya Gee kene paksa potong kek dengan pengantin. Huhuhuhu Untuk malam berinai. Sesi tukar-tukar baju pun berlangsung. Bermacam gaya dan pose si Ayu ni kene buat. Antara pakaian yang di pakai adalah baju Vietnam, Korea dan Jawa moden. Pakaian ini Gee ambil di butik DHF BRIDAL HOUSE kepunyaan Kak Yati dan Kak Nora (012-6814634). Butiknya berada di Padang Jawa, Seksyen 17, 40200 Shah Alam, Selangor.
Memang Gee penat sangat malam tu. Apa tidaknya sampai pukul 2 pagi baru habis shooting. Mengantuk giler. Namun, Ayu tetap tabah walaupun kepenatan dan senyuman yang diberikan kepada Gee dan Photographer menghilangkan rasa ngantuk dan penat kami. BAGUS AYU! Good Job! macam profesional betul bekerjasama dengannya. Dalam perjalanan pulang Gee ditemani dengan rakan opis Gee Didi dan Siti serta keluarganya. Boleh! Kereta Gee pancit. Dalam kegelapan malam di ladang kelapa sawit tu Gee nekad jugak untuk sampai ke jalan besar. Tak mahu gee berhenti tengah-tengah gelap tu. Adalah dalam 15 minit untuk ke jalan besar. Takut nak berhenti beb! takut jerangkung ke penyangak ker... SERAM... huhuhu Tapi dengan Izin Allah macam tak sampai 5 minit Gee dapat tukar tayar kereta dengan bantuan Didi. Macam tak percaya jer sedangkan Gee baru first time nak buat semua tu. Macam dah tahu-tahu jer... Huhuhu itulah berkat doa... Sampai di Palma Hotel terus lega. Di situlah penginapan Gee malam tu, dahlah duduk sesorang. Itulah nasib pak andam tidak berteman. Dan special thanks to DIDI. JASAMU DIKENANG...
PERSANDINGAN AYU - PINK MENJADI PILIHAN
Majlis persandingan Ayu meriah dengan kehadiran peduduk kampung. Memang toleransi dan sifat tolong-menolong terserlah. Budaya inilah yang semakin pudar di zaman serba moden ni. Ayu tampil cantik sekali dengan padanan pink & white. Petang tu kami sama-sama bergerak mencari bendang untuk menjadi latar tempat fotografi. Tiba-tiba kami ternampak sawah yang kering dan terdapat jerami yang digulung seolah-olah berada dioversea. "Wah! Cantik ni dijadikan latar bergambar ni," getus Gee dalam hati. Memang menarik pose mereka. Ini antara gambar yang sempat kami rakamkan. Ada satu babak yang mereka kene kejar mengejar menyebabkan anting-anting ayu jatuh dan Ayu hampir terjatuh. Kami ketawa terkekeh-kekeh melihat gelagat mereka berdua. Sebab ada yang berlari terlau laju, dan ada yang terlebih ketawa sampai tak nampak mata. Petang tu sangat panas... Tetiba terdengar deringan loceng.. EMMM!!! Aiskrim rupanya.. Kami di sponser oleh Siti & Didi makan aiskrim. Bak kata orang, bagai mengantuk disorongkan bantal beb! Kami habis lewat jam 4 petang. Lupa nak ucapkan terima kasih kepada kawan baik Ayu (INTAN @KAKI BUMI - 0123366065) yang menjadi photographer dan sering menemani Gee ketika makeup dan shooting. TQ so much dan ada salah satu gambar di bawah yang dia berikan pada Gee untuk kita sama-sama kongsikan gambar kenangan Ayu.

Comments

Naza a.k.a Ajey said…
andaman yg hebat...
utk tempahan jurufoto area kuala selangor, tanjung karang & sekitarnya sila hubungi lensanaza photowork's. hubungi AJEY 012-3753545.
http://lensanaza.blogspot.com/
http://nazarudindahlot.fotopages.com/

Popular Posts