DARLINA & HAIDER JADI MODEL COVER NOVEL

Tahniah buat Darlina & Haider. Betul kata pepatah; "Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu." Untuk pasangan pengantin ini sungguh bertuah kerana telah berjaya menjadi cover untuk novel terkenal tanah air iaitu keluaran ALAF 21. Penulisnya dalah Damya Hanna merupakan penulis muda berbakat besar. Dijangkakan novel ini akan menjadi BOOM! di pasaran. Untuk dapatkan novel ini sila ke laman web alaf21: www.alaf21.com.my atau dapatkan ke kedai buku seluruh tanah air. Terutama MPH Bookstore, TESCO dan lain-lain lagi. Beli jangan tak beli. Kisahnya memang menarik dan memberi pengajaran kepada kita. Berikut disertakan sinopsis cerita untuk novel ini.

Tajuk: Ilham Hati
Penulis: Damya Hanna
Halaman: 512
Harga: RM19.90


RIAN sama sekali tidak pernah membayangkan hidupnya akan berubah dalam sekelip mata. Namun, itulah yang terjadi apabila dia terjaga pada suatu hari. Kemunculan Hanif yang diperkenalkan sebagai suaminya amat mengejutkan sedangkan dia sama sekali tidak mengenali siapa lelaki itu.

Retrograde amnesia! Sejenis gangguan terhadap memori selepas berlakunya sesuatu trauma. Itu kata doktor yang merawatnya setelah dia terbabit dalam satu nahas jalan raya. Itulah juga punca dia tidak mampu mengenali suami sendiri.

Lantaran keliru dengan apa yang berlaku, Rian nekad mahu mencari jawapan. Penemuan sebuah jurnal hitam akhirnya berjaya menemukan jawapan. Sayang seribu kali sayang, di saat perasaan kasihnya mula bertunas, dia dikecewakan. Hanif ternyata berdendam atas apa yang pernah berlaku seolah-olah tidak mahu Rian wujud dalam hidupnya.

Lantas, apa perlunya Rian membina kenangan lalu jika sekadar untuk dimusnahkan oleh lelaki itu? Adilkah dia dihukum sedemikian rupa?

Comments

achee_b165 said…
betuah badan... cantik pic...

sapa fotographernya?? papa eri ker?? congrate!!

~p-na mama oja~
geecantik said…
Ya SUHAIRI DAN AMY dari potret jiwa

Popular Posts