Nurasyikin Hj. Ali Hassan imbasan erra fazira, Tanjung Kling, Melaka.


Setelah kakaknya Mazni mendapat sentuhan Gee Cantik kini tiba giliran Nurasyikin yang lebih mesra dengan panggilan Syikin tidak sabar untuk melakukan makeover dari sentuhan emas Gee. Booking dari tahun lepas memang berbaloi dengan penantian dan berpuas hati dengan solekan Gee. Katanya setelah di makeoer ada sedikit imbasan Erra Fazira. Kat mana imbasannya om kita lihat....
Majlis yang berlangsung di Bukit Darat pada 12 Rabiul Awal 1433 H bersamaan hari Sabtu dan ahad pada 4 dan 5 Februari 2012. Majlis yang berlangsung di kediaman ibu bapanya itu berlangsung dengan penuh meriah. Petang itu, Gee bersama anak didik yang baru iaitu Amir melakukan tugasan seperti biasa. Kami disambut mesra dan sempat bersembang ringkas bersama Mazni yang baru 2 bulan melahirkan seorang bayi lelaki. Dalam kegembiraan menyambut orang baru berganda pula dengan kemeriahan dengan majlis perkahwinan yang berlangsung dengan bertemakan purple dan krim...

Makeover Syikin bukanlah sukar namun ketelitian pada mata darah kacukan cina itu harus dilakukan dengan penuh hati-hati kerana Syikin mahukan solekan simple untuk akad nikah. Gee menggunakan eye base luna, kemudian nylon, lala, coklat, expensive pink, star rocket dan sedikit hitam. Teknik blend dilakukan sedikit demi sedikit bagi menampil mata yang menawan dan yang paling penting base faundation mesti mampan dan berseri...Kalau dilihat dari sudut hadapan memang tidak begitu ketara tetapi jika sudut pandang tepi mungkin ada sedikit imbasan Erra Fazira disitu. Cantikkan..
Di majlis persandingannya pula Gee menggunakan warna yang sedikit berat berbanding nikah agar matanya lebih menonjol dan tidak kalah dengan blink-blink warna bajunya. Rambut yang digayakan simple juga memperlihatkan sederhana dan tidak melampau.
Syukur Alhamdulillah Syikin berpuas hati dengan solekannya. Membuatkan hati Gee senang bekerjasama dengan famili mereka. Tahniah buat anda sekeluarga. Tidak lupa juga kepada juru photo yang sporting.... Leprikon Pictures. Nice picture and so creative... Sesiapa yang inginkan khidmat leprikon bolehlah menghubungi beliau di http://www.facebook.com/LeprikonPictures. 012-5358776. Lastly untuk pengantin yang cumel dan pasangannya Selamat Pengatin Baru dari Team Gee Cantik!... :)Thank You So much...

Comments

nabilah said…
nice!! i like it....
make up n busana membuat pengantin lagi brtambah cantik...
geecantik said…
tq so much nabila
Me said…
Wow hebatnya...
Nur Sarhanah said…
Gee,
baju pengantin tu dari geechantek jugk ker?
geecantik said…
nur bajur purple dan terkoiz tu bukan milik kami tapi milik pengantin... banyak baju kami yang cantik datang dan singah melihat butik kami... GEE CANTIK BRIDAL HOUSE- Alamat SU 1458-UP JALAN MASJID TANAH RIA UTAMA, TAMAN MASJID TANAH RIA,78300 MASJID TANAH, MELAKA. 063841855 (PAKAR DALAM SOLEKAN & PERKAHWINAN, INTERIOR DESIGN, LANGSIR, CADAR, DAN SEBAGAINYA)
Alamat: Di Bandar Masjid Tanah Melaka.
HP : EN.RAMAN(BOS) 012 - 689 5761 / chichi 016-3091040 / BUTIK:06-3841855

Popular Posts