GEE CANTIK akan ke ISLAMIC COMMUNICATION EXHIBITION - MENYERTAI FASHION SHOW UNTUK BUSANA PENGANTIN KONTEMPORARI ISLAM.

Syukur alhamdulillah Butik Gee Cantik telah dipilih oleh ICE untuk menyertai program yang akan berlangsung di Dataran Pahlawan Melaka. Bermula pada 25 -26 Februari 2012. Gee cantik mengenengahkan BUSANA PENGANTIN MUSLIMAH KONTEMPORARI bagi memenuhi peminat butik gee cantik. Saya amat berbesar hati dan buat pertama kalinya membariskan 7 model untuk perempuan dan 5 model untuk lelaki dipertaruhkan. Rasa bersemangat kerana dibantu oleh Chi Chi dan semua staff Gee Cantik. Kali ini rekaan Azrin Hashim akan berada di pentas peragaan dengan temanya tersendiri untuk Gee Cantik Bridal House. Nantikan kami pada hari ahad berlangsung jam 8 malam di Dataran Pahlawan Melaka Mega Mall.

Yang menarik kami ditaja oleh
TN Pesona Studio terpilih sebagai jurugambar rasmi untuk Butik Gee Cantik Bridal House. Bermula dari persiapan dan seterusnya sehingga majlis berlangsung. Pemilihan ini dibuat berdasarkan repotasi TN PESONA STUDIO yang baik dan kebetulan ada di Negeri Melaka. Hasil gambarnya yang baik dan berbaloi. So bakal pengantin bolehlah menghubunginya untuk mengabadikan gambar kenangan yang penuh bermakna untuk merealisasikan majlis perkahwinan anda. http://www.facebook.com/#!/pages/TN-Pesona-Studio/170207973021512Malam tersebut bukan sahaja Gee Cantik malah bersama dengan pereka terkenal tanah air seperti Ita Baharom, Shiela Mohamad, Wiwin, Gobok pengantin dan ramai lagi. Terdapat persembahan artis iaitu NORA, WARDINA SAFIYYAH, AISHAH dan STEAVE THORNTON.

Jom ke Dataran Pahlawan 26/2/2012 jam 8 malam bagi menyokong Butik Gee Cantik Bridal House bagi pertunjukan Fesyen Pengantin Muslimah sempena ICE 2012 (Islamic Communication Exhibition 2012).

Comments

Popular Posts