WANA - NUSA DUSUN MELAKA MERIAH DENGAN TEMANYA

Wana seorang yang mudah bergaul dan mesra dengan semua orang. Tambahan pula ibunya yang banyak berceloteh dengan Gee dan En. Rahman membuatkan kami bekerja dengan selesa. Kepercayaan yang diberikan kepada kami amat kami hargai. Sewaktu makeover Wana tidaklah sukar sangat cuma penelitian dari segi penggunaan warna agar nampak sweet dan gemilang di hari perkahwinan. Wana menginginkan solekan simple dan tidak terlalu heavy. untuk majlis akad nikahnya. Penggunaan smockey hitam, coklat dan nylon mac di satukan bagi tampil segar. Pengunaan warna bibir yang lembut di gunakan pada awalnya namun ditukar pada sesi akad nikah dan juga persalinan. Gee sukakan warna seakan peace ini kerana sesuai dengan umurnya. Namun, sudah menjadi kebiasaan orang-orang lama ingin memerahkan bibirnya. Bagi Gee, cuma memberi pandangan dan jika pelanggan menginginkan gincu yang sedikit merah Gee akan lakukan base on demand... Kerja akan jadi lebih mudah jika ikutkan permintaan.
Wana tampil cantik dengan pakaian persalinan iaitu korea, sanggul lintang dan juga vietnam.
Ibunya mengidamkan anaknya Wana memakai sepersalinan baju sanggul lintang. Sudah pun menjadi kenyataan dan mereka sangat gembira dengan pertunjukan buga api, dan juga perarakan menggunakan beca yang diuruskan oleh En. Rahman. Malam itu penuh dengan warna warni diiringi dengan tarian tradisional kanak-kanak dari KUSERI. Hebat majlis mereka.

Comments

5th_E Taib said…
wah.. group Kak Jah ye yg menari?! :P

Popular Posts