YUZI TERENGGANU HEBAT DENGAN SENTUHAN GEE CANTIK
Pengalaman ke Kuala Terengganu amat mencuit hati. Tambahan pula Gee Cantik pertama kali ke Terengganu untuk melakukan tugas besar menyempurnakan solekan akad nikah dan persandingan. Memang satu pengalaman yang baik berada ditempat orang terutama mengenali cara hidup masyarakat di sana.Yuzi seorang gadis kelahiran Terengganu sudah lama mengidamkan Gee Cantik untuk memakeovernya. Teruja sangat bila Gee setuju dengan penawaran kami. Kos penerbangan dan penginapan di taja oleh Yuzi dan suami. Tq so much. Memang sangat ok! Sampai sahaja di rumah Yuzi kami berpanasan sedikit memandangkan bekalan elektrik tergendala tapi ia tidak mematahkan semangat Gee bekerja dalam keadaan berpeluh. Sudah menjadi tanggungjawab harus Gee melakukannya. Sebentar kemudian setelah menghubungi TNB kami menghembus nafas lega. Mujur pihak TNB bekerja dengan efisyen. Good Job!
Baiklah teruskan dengan cerita Yuzi. Untuk memakover Yuzi tidaklah menjadi masalah kerana kulitnya yang mulus itu membantu solekan Gee tampil gah. Syukur... :) Solekan warna tema expensive pink dan purple menjadi pilihan dan tambahan rona coklat dan hitam di campur untuk solekan matanya. Gee menggunakan teknik solekan smockey socket agar matanya lebih bundar dan ayu. Emm ternyata selepas disolek Yuzi tampil lain dan cantik. Seronok melihat Yuzi berpuas hati kemasan dari Gee. Rakan-rakan yang hadir sewaktu belajar dahulu turtut berbisik kagum dengan solekan yang tak seberapa oleh Gee itu. Terima kasih di atas setiap pujian. Dan setiap pujian hanya layak untuk-NYA...
Pembentukan kening yang harus dititikberatkan. Kadang kala pembentukan kening yang tidak padan menampilkan wajah anda kelihatan garang... Warna colat mengurangkan wajah menjadi garang. Jadi pilihlah pensil kening yang terbaik..
Pembentukan kening yang harus dititikberatkan. Kadang kala pembentukan kening yang tidak padan menampilkan wajah anda kelihatan garang... Warna colat mengurangkan wajah menjadi garang. Jadi pilihlah pensil kening yang terbaik..
Kemasan maskara juga diambil kira agar tidak sememeh. Lakukannya dengan berhati-hati.
Di hari persandingan pula Yuzi mengenakan tema pink putih. Antara warna kesukaan Gee. Yuzi tampil ayu dan cantik denganw arna pilihan ini. Good Choice!...














Ulasan