Jamaida Irna - Dewan Felda Merak Kayangan, Kuala Lumpur

Gadis yang mempunyai citarasa berbeza ini membuatkan diri Gee berasa teruja dengannya. Sangat senang bekerjasama dengannya. Jamaida gadis dari Setapak, Kuala lumpur ini telah mengambil dua sesi solekan dari sentuhan Gee Cantik iaitu untuk Majlis akad nikah dan juga majlis di dewan dengan acara gemilang. Untuk memakeovernya perlu dititik beratkan bahagian shading dan pemilihan warna yang sesuai dengannya juga perlu berhati-hati kerana Jamida agak kuat berpeluh terutama dibahagian dahi. Namun dengan penggunaan layer foundation yang sesuai mampu mengatasinya. Lihatlah solekan nikah yang simple untuknya...
Jamaida Irna seorang lagi pengantin yang mendapat sentuhan emas dari Gee Cantik. Ternyata perubahan makeover diwajahnya membuatkan dirinya begitu anggun dan vogue. Seronok melihat raut wajahnya apabila dia melihat cermin selepas siap. Nyata keyakinannya terserlah dengan melihat solekan yang dilakukan ke atasnya sehingga dia pandai membawa baju yang dipakainya semulajadi berperawakan anggun ketika acara masuk ke dalam Dewan Felda Merak Kayangan, Kuala Lumpur. Majlis penuh meriah dengan dekorasi yang mengagumkan. Simple tapi penuh bermakna. Tema ala sonata Musim Salju menjadi pilihan Jamaida Irna. Suaminya yang comel lote itu turut berpuas hati dengan solekan yang diberikan. Memang cantik... Gee sangant suka dengan idea pelamin yang indah itu. 2 Thumb for that..
Begitu bergaya Jamaida dan suaminya melangkah ke Dewan umpama merpati terbang sejoli. Sama cantik sama padan turun ke pelamin kayangan pilihan hati bertemakan sonata musim salju.
Selepas acara gemilang giliran menukar baju untuk sesi potong kek. Solekan diperkemaskan dan juga teknik memakai topi kecil memberi kelainan kepada Jamaida. Gee merakamkan Selamat Pengantin Baru kepada Jamaida dan suami... Tahniah uall...

Ulasan

Catatan Popular