SHIMA MEMILIH WARNA UNGU DI HARI PERSANDINGAN

Burung merpati terbang sejoli,
Singgah bersama di dahan sena,
Shima dan Sobrie padan sekali;
Bagai pinang dibelah dua.
Pengantin yang sangat ceria dan sentiasa senyum selalu. Kalau ada anugerah pengantin popular harus dimiliki oleh Shima. Memang pasangan ini amat sporting dan mudah bekerjasama dengan mereka. Seawal pagi Gee sudah bergerak awal menuju ke rumah Shima. Takut sesat katanya... Memang sesat sekejap berpusing-pusing mencari jalan ke rumah Shima. Akhirnya dengan izin ALLAH Gee sampai juga di perkarangan rumahnya di Klang. Tema warna purle menjadi pilihan Shima. Minggu tersebut memang ramai yang menyukai warna purple ni sedangkan minggu yang sudah baru sahaja Gee melihat baju Haslina. Kini baju Shima pula. Takpe yang penting baju ni Gee suka! Purple I like...



(Pesanan dari Shima buat Amy: Bila nak dapatkan album perkahwinan mereka)

Ulasan