SOLEKAN DINNER GADIS KUB

Majlis makan malam tidak ada serinya jika kita tidak bergaya sakan dengan baju dan juga makeup yang boleh meruntun perasaan. Apatah lagi untuk menjadi orang yang tercanti dengan gaya solekan masing-masing. Kali ini kumpulan dari pekerja KUB telah mengambil Gee sebagai makeup artist mereka. Ayu yang menjadi ketua bagi menguruskan hal solekan ini tidak lekang dengan senyuman bila berjumpa Gee. Majlis makan malam mereka diadakan di A Famosa Resort. Water World Melaka. Keadaan menjadi panik apabila banglow sewaan yang di aturkan untuk mereka telah penuh. Terpaksalah kami menumpang disalah sebuah banglow kawan mereka. Petang itu Gee ditemani oleh Chichi. Chichi banyak menolong Gee untuk memasangkan base faundation dan Gee membuat finishing eyeshadow untuk mereka. Masing-masing bergaya sakan. Setelah selesai makeup masing-masing bagai tidak percaya dengan hasil solekan. Ada yang berkata, “rasa macam nak kahwin semula bila mengenakan solekan Gee.” Huhuhu macam-macam korang ni... Lihatlah hasil solekan mereka before and after...

Comments

Popular Posts