AMELINA MEMILIH HIJAU SEBAGAI TEMA PERKAHWINANNYA

Amelina merupakan gadis yang mudah berurusan dengannya. Memang tidak ada banyak masalah bekerjasama dengannya. Pilihan untuk solekan sudah semestinya smockey socket gaya Gee Cantik. Manakala pemilihan pakaian memang tema sekarang lace ala dari Indonesia kepunyaan butik En. Rahman. Crown yang baru dibeli En. Rahman memang meletop dan sesuai dengan Amelina. Lihatlah hasil solekan Gee. Mereka berdua ni nampak sweet sangat. :) Bagi solekan untuk majlis persandingan Amelina memilih tema hijau yang merupakan warna kesukaannya. Pelamin yang dihiasi dengan lampu kristal ni memang menjadi trend masa kini.
Hijau menjadi pilihan Amelina, gadis Durian Daun, Masjid Tanah, Melaka. Amat teruja dengan gaya solekan Gee membuatkan Gee begitu terharu dengannya. Orangnya simple namun tidak pada majlisnya. Amelina memilih pelamin dari butik En. Rahman (Taman Dimensi Alor Gajah) sememangnya menjamin kepuasan pelanggan (016-2155761). Katanya memilih dua makeup artist bagi melengkapkan majlisnya. Gee dan Chichi menjadi pilihan favouratenya. Gee membuat solekan nikah dan persandingan manakala solekan untuk majlis bertandang di lakukan oleh Chichi. Nantikan Pic mereka!Bagaikan puteri dan putera yang sedang berkasih di kebun bunga. Walhal lokasi ini betul-betul di hadapan rumah Amelina. Kebolehan fotografi dari ajailily ini memang patut di puji kerana berjaya membuatkan suasana yang benar-benar lain. So kalau nak touch dari mereka ni haruslah bookingnya awal sebab penuh beb. Hot lah katakan... http://ajailily.wordpress.com/Meriah betul masa tu. jika diingat kembali kenangan mengambil gambar waktu ni sampaikan pengantin duduk lama di atas pelamin kerana ramai benar waktu tu nak ambil gambar mereka. Saudara mara mereka berdua ni memang suka bergambar. Kenalan yang turut hadir juga tidak melepaskan peluang mengabadikan gambar kenangan bersama pasangan ini. Katanya mereka bekerja dari Maybank Alor Gajah, Melaka.Emm.. tengoklah tu posing maut dari pengantinku yang sangat sporting. Apa-apa aje posing yang Gee suruh semuanya mereka buat tanpa banyak karenah. Macamtulah... kalau nak gambar cantik pastikan anda membelek majalah pengantin dari Kumpulan Karangkraf terlebih dulu agar masa yang dinantikan tidaklah kekok dan nampak keras. Amelina memang pandai berposing walaupun pada awalnya agak sedikit pemalu. Tahniah buat ual berdua... I like...

Comments

Popular Posts