DURAH, TANGKAK JOHOR SAMBUTAN MAJLIS MENGETOP!

Yang di nanti, seterusnya... Durah dari Tangkak, Johor. Sekian lama Gee tidak mengemaskini blog ni yang asyik dok promote buku Asas Solekan yang mengetop di pasaran sekarang. Namun, kita teruskan dengan tema blog ini dengan menampilkan gambar dan cebisan kenangan yang boleh dikongsi bersama. Durah, gadis genit yang comel dan telah membuat persiapan rapi dalam menyiapkan majlisnya. Buat pertama kali ke tangkak untuk memakeoverkan pengantin ini. Pagi-pagi lagi Gee dah sampai ke rumah Durah. Sungguh mudah untuk ke sana. Seperti biasa Gee keseorangan diri membawa harapan bergulung untuk menyempurnakan majlis Durah. Untuk majlis akad nikahnya, Durah mengenakan kurung moden yang dijahitnya sendiri. Katanya dia merupakan tenaga pengajar jahitan di salah sebuah kolej. Tengok saja beading yang di jahit pada hujung baju dan pangkal lehernya memang teruja. Siap Gee offer dia untuk menjualnya kepada Gee. Seperti biasa Gee tewas dengan pujukan supaya menjualnya kepada Gee. Gee gagal lagi untuk mendapatkan baju yang Gee suka. I love it.
"Betul ke i ni Gee," terkejut Durah bila memandang dirinya di cermin. Sungguh gembira Durah ketika itu tidak tergambar dengan kata-kata. Lihatlah kawan-kawannya yang merupakan tenaga pengajar dan pakar menjahit manik dan labuci ini turut gembira apabila melihat wajah kesayangan kawannya dimakeoverkan persis artis. Jika dapat diulang semula situasi ini pasti Durah ingin merasai kembali sata paling manis ini.
Pose terbaik Durah bersama suami yang memang handsome... Perh! Pelukan yang sentiasa ditunggu oleh pasangan setelah selesai diijab kabul. Fotographer pun gigil nak ambil gambar mereka. Huhuhu guraujer.. Untuk pengetahuan, photographer yang bersusah payah mengabadikan gambar mereka ni adalah sepupu Durah. Alfian(017-7155010). Jika berminat dengan hasil kerjanya bolehlah menghubunginya. Orangnya pun tampan.
Pelamin nan indah. Seputih salju pilihan Durah sesuai dengan tema sekarang yang ingin tampil bersih dan kemas. Kerusi besar yang menjadi pilihannya ini memberikan kesan ala singgahsana yang indah. Sesuai dengan pasangan romantik ini.
Untuk acara persandingan pula, Durah mengenakan pakaian lace moden bewarna purple katanya suka dengan warna tersebut supaya cantik di dalam gambar perkahwinan mereka nanti. Durah look very standing di atas pelamin putih yang terus menyerlahkan dirinya. Untuk solekan, Gee mengenakan solekan smocky socket yang biasa Gee gunakan. Manakala Gee sanggulkan rambutnya agar tubuhnya yang kecil tidak nampak rendah. Penampilan kemas sesuai buat Durah. Nice...:)

Comments

annfrendly said…
cantiknya.
dari mekap..
rambut..
semuanya kena..
vouge..
geecantik said…
time kasih ann...
Are'Ja_(",) said…
salam gee..
cantik gee make up.. dan sy suke tgk pengantin2 pakai colour purple/dark purple..colour masa kini... sgt menyerlah.. :)
geecantik said…
This comment has been removed by the author.
Anonymous said…
erm..nice job memang cantik...love to see...erm..agaknya bila la plak saya nak touchup2 real pengantin nih..maklumlah masih baru...pomote pung kurang..mungkin lum ada rezeki kot...
hajar hazam said…
cantik pengantin nih..nk2 dpt solekan dr gee cantik...dh mcm mke faradhiya dh..hi3

Popular Posts