ZIELA(SUNGAI UDANG MELAKA) - IMBASAN SOFEA JAEN

KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN IMEJ
Noorazila atau lebih mudah dikenali sebagai Ziela memang kelakar orangnya. Pada mulanya senyap kemudian mula rancak bersembang setelah Gee bersuai kenal dengannya. Nampak serius tapi sempoi... Nak tahu kisahnya, ikuti Gee sambil melihat gambar-gambar tertera. Setelah sampai seperti biasa Gee mesti mahukan barangan keperluan asas sebelum makeup dan barangan itu disediakan oleh bakal pengantin. So lepas ni sesiapa pengantin yang membaca blog ini bolehlah sediakan barangan tersebut untuk Gee nanti.

1. Surat Khabar lama (tak banyak adalah dalam 5-6 helai)
2. Ais Batu (tidaklah semangkuk lauk ya)
3. Sekotak tisu (bukan tisu toilet ya)
4. Towel muka (kecilje bukan towel mandi)

Barangan tersebut adalah sangat penting bagi Gee dan ianya akan diketahui jika anda berurusan dengan Gee. Suprise!... huhuhu. Ok! jom kita tengok apa yang harus kena buat pada muka Ziela ni.

Emm... Muka Ziela memang bermasalah. Masalah yang utama adalah bekas jerawat dan kulit tidak rata. Manakala keningnya menurun yang menjadi punca utama air muka tampak sedih. So apa yang harus dibuat adalah dengan mencukur kening dan memastikan aras kening serata atau meninggi sedikit di tengah kening. Seperti biasa Gee menggunakan warna oren dan hijau sebagai base faoundation kerana kulit muka yang kurang rata. Sapuan kulit seperti Ziela harus dilakukan berhati-hati agar jerawat kecil tidak berbintat membengkak. Jadi Gee harus lakukan dengan perlahan. Dan untuk mengelakkan sapuan yang kuat gee menggunakan berus khas dan foundation base yang lembut selepas kryolan. Setelah selesai... Lihat hasilnya... Hanya senyuman meniti dibibir.

Terkenang Gee sewaktu memakeoverkan Ziela... Tak salah Gee abang sedaranya juga tahu pasal makeup-makeup ni so Gee disoal siasat ala macam rancangan 999 boleh! Gee mantain jer sebab tahu dengan karenahnya. Huhuhu kami sembang sambil bercerita pasal dunia makeup. Seronok! Emm satu lagi TQ so much tolong Gee siapkan pengantin lelaki. Katanya dia pernah menolong mak andam-mak andam kat K.L. Emm bagus tu...

Berikut adalah baju malam berinai. Gee memberi pilihan kepadanya sama ada hanya memakai tudung dan crown atau sanggul tapi bertudung. Emm... menarikkan. Sapa kata bertudung tak boleh pakai sanggul. Cantik ape? Tapi Sanggul kecil ajelah kalau sanggul lintang agak sukar juga Gee nak buat. Malam tu Ziela nampak cantik sangat. Persis pelakon Sofea Jaen. "ahahlah, muka si Ziela dah macam Sofea Jaen dah!" Kata kakaknya bersembang bersama keluarganya. Ketika itu masing-masing mengadap tengok Ziela macam tengok movie kat panggung. Riuh rendah beb!

Tiba untuk Malam berinai pula, acara ini ditunggu-tunggu oleh famili Ziela. Tu yang Gee kata macam tengok movie. Sebab semua sanggup bersengkang mata untuk melihat Ziela menggayakan pakaian iaitu Gown malam, Vietnam, Portugis, Lenggar dan Jawa sampai lewat malam. Yang seronoknya, makcik-makcik tu kata... "eh posing ni aku ada. Ha betullah posing ni aku pun ada.." bersahutan suara makcik-makcik Ziela mengingatkan zaman perkahwinan mereka di malam berinai. Gee ketawa sambil menyimpan citer-citer mereka ni untuk di masukkan ke dalam blog nanti.

Posing nilah katanya antara posing wajib mereka turun menurun... huhuhu Gee paling suka pic ni. Wajahnya memang macam tun teja dalam filem Puteri Gunung Ledang(Sofea Jaen). Emm satu lagi kisah menarik ialah sewaktu membuat makeover si Ziela, Ziela boleh TIDUR beb! Katanya seronok muka dia dibelai. Huhuhu Seronoklah Gee sergahkan dia... "Wei!.. ko tidur ekk!" Muka Ziela malu-malu bila Gee sergah dia. Lepas tu Gee kata "siap ko, Gee masukkan kat dalam blog nanti". Kami ketawa terkekeh-kekeh. Ziela... Ziela... uall memang kaki tidurkan. Samalah dengan Gee. :)

Emm.. Inilah gambar tebaru gee bersama Ziela untuk bergambar kenangan. Mana tahu nanti kalau anak Ziela nak kawin boleh guna khidmat generasi Gee Cantik. So Gee pun memohon maaflah ya andai ada perkataan mengguris perasaan Ziela sewaktu menyergah Ziela tidur dan selama Gee berurusan dengan Ziela.

Terima kasih tidak terhingga buat morelex (http://morelexspictures.com/blog/?p=557) kerana sudi memberikan gambar untuk dipaparkan. So kalau sesiapa berkenan dengan hail kerja nya bolehlah ke websitenya. Dan apa yang tertulis di dalam blog ini hanya berkongsi pengalaman dan hanya jenaka. Jika ada perkataan yang kurang menyenangkan hati Ziela, Ziela boleh call Gee dan Gee akan perbetulkan mana-mana kesilapan. TQ so much Ziela. U memang sporting! Best dan pelawak! huhuhu Jumpa lagi di lain masa...

Comments

KaY FaiZaL said…
SUNGGUH TERPEGUN la ye! (macam nak gi belaja la pulak dgn Cik Gee!) =D
fendy0211 said…
mmg cantik..beza sgt muka sblm n slps mekap.. yg baju jawa tu... lawa giler la Gee...
geecantik said…
Alhamdulillah, syukur. Boleh jer Kay nak belanja huhuhu... For fendy. Baju jawa tu Gee suka sangat sebab wajahnya si ziela tu yang fotogenik kot...
dina said…
wah, lama tak masuk sini, cantiknya gee mekap. gee lak bertambah ensem lak saya tengok... huhuhu.... gee, bila free? nak belajar dgn gee ni, barang2 sendiri punya ke gee bawak ek? sebab saya punya alatan mekap tak lengkap la saya rasa...
KaY FaiZaL said…
belaja tidak sama erti dengan belanja. hihihi
geecantik said…
huhuh sowi... miss communication error..huhuhuhu
Fabulous Mom said…
wei ko... dah tukar nama? terror ko make over org... bila nak make over aku lak??? lama tak jumpa ko. anyway, aku tumpang epi nengok kengkawan dah berjaya skrg.

http://akalej6.fotopages.com
Wada
geecantik said…
oo ajak... yelah.. lama tak jumpa kau jak... alhamdulillah kerja sekrang dah ok...

Popular Posts