RASHIDAH ISMAIL - KG. BARU KUALA LUMPUR.
Untuk bulan Mei tahun 2009 ini merupakan bulan yang paling sibuk untuk Gee Cantik. Bayangkan jadual Gee penuh sehingga bulan Jun. Tidak sempat untuk Gee masukkan gambar terbaru hasil kerja Gee di blog ini. Terbaru! Gee baru sahaja selesaikan makeup untuk persalinan yang cukup simple tetapi bermakna buat Rashidah Ismail dari Kg. Baru, Kuala Lumpur. Hasil dari pilihan keluarganya Gee telah diberi mandat oleh Puan Zabedah (yang merupakan coach bola jaring Gee yang dihormati) untuk memakeoverkan anak buahnya. Gee ditemani oleh rakan Gee iaitu Fidz(Andaman Fadzil Klang). Kami sampai lewat petang dan seterusnya membuat makeover kepada Rashidah. Nampak gaya dari warna pelamin temanya warna putih dan fresh flower. Begitulah gamaknya...





Ulasan