LIYA - PERSANDINGAN BAGAIKAN PUTERI

7 Mac 2009 merupakan detik yang tidak boleh dilupakan oleh pasangan pengantin dari Melaka ini. "Liya" merupakan pengantin bertuah kerana bijak mengatur masa dan majlisnya bergerak dengan jayanya. Terperanjat Gee ketika baru sampai di rumahnya bersebelahan dengan UITM, LENDU Melaka... Nak tahu kenapa? Ya! Sampai sahaja di muka pintu Gee di sambut seorang lelaki yang Gee kenali. Rupa-rupanya bekas Cikgu Sekolah Rendah Gee (Sekolah Rendah Sri Laksamana). Cikgu Rosli. Tak di sangka, rupa-rupanya Liya merupakan junior Gee masa di sekolah rendah.

SILA KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
Liya tiada masalah dengan kulit muka cuma terdapat sedikit eye back yang perlu di atasi. Segala proses berlaku dengan mudah kerana Liya mudah bekerjasama dan setiap pesanan Gee Liya ikuti. Untuk makeup nikah Gee menggunakan teknik smocky bronze, pink and black. Teknik ini request dari Liya kerana dia sukakan teknik itu. Lihat hasilnya...


Nak tahu! Zul Faqar sempat memuji Isterinya. "... muka awak dah macam anak patung..." Gee diberitahu oleh Liya. Takut juga kalau suami Liya tak suka. Tapi respon itu sudah memberi jaminan kepada Gee bahawa mereka suka dengan makeup Gee. Alhamdulillah! Syukur kepadaNYA. Teman teman yang hadir memberi pujian. Amin...

SILA KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
Untuk Majlis Malam berinai Liya telah memilih baju songket bunga tabur bewarna merah hati untuk dipadankan dengan Sanggul lintang Melaka. Manakala untuk sesi persalinan Liya telah memilih baju Cina, Lenggar India, Evening Gown dan Vietnam. Memang cantik sungguh Liya pada malam itu. Dah macam Puteri Hang Li Po bila dia memakai baju cina bewarna merah garang. Menyerlah beb! Satu lagi yang best sangat adalah lensa kamera sangat menyukai Liya. Senyumannya yang berani dan ikhlas membuatkan gambar-gambarnya menyerlah. Namun, pujian harus diberikan kepada team sweetmoments (http://sweetmoments.fotopages.com/) kerana telah berhempas pulas untuk mendapatkan angle terbaik bagi pasangan ini walau kepenatan. Tahniah kepada ual... Gee suka bekerjasama dengan korang. Sporting habis!!! Bila nak belanja makan beb!..

MAJLIS PERSANDINGAN NORFAZLIANA (LIYA) BAGAIKAN PUTERI

Ulasan

shitah berkata…
mmg cntek giler...

Catatan Popular