AZIDA SG. LONG KAJANG BAGAIKAN ARTIS

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

Buat pertama kalinya tema perkahwinan yang Gee hadiri adalah pertembungan antara moden dan traditional. Sapa kata moden dan traditional tidak boleh bersatu. Cuma kita sahaja yang menentukan sama ada ia dijurangkan atau sebaliknya.
Azida merupakan pengantin yang Gee makeupkan baru-baru ini mempunyai tastenya yang tersendiri. Pagi-pagi lagi Gee bersama Officemate Gee; Dilla telah kerumah Azida di Sungai Long, Kajang. Risau juga kami tidak sampai pada waktu yang Gee jadualkan. Sampai sahaja Gee di sana, kami di sambut oleh bapa Azida dan abangnya. Senyuman yang diberikan seolah-olah lega dengan ketibaan kami. Almaklumjelah takut terlewat.

Setiba di bilik pengantin kami disapa dengan bauan bunga mawar yang harum dengan keadaan bilik itu sejuk dari aircond yang terpasang. Uhh! Lega nasib ada aircond... Huhuhu... Setelah memberi cadangan dan komen tentang pakaian Azida kami terus memulakan makeover. Kata Azida dia suka dengan makeup soft smocky Anis dari Shah Alam. Jadi Gee tidak risau dengan apakah warna yang sesuai untuknya. Padanan baju dan makeup eyeshadow, Gee kebiasaannya jarang menggunakan warna eye shadow sama dengan baju kerana Gee rasa plain. Tapi kalau dah bosan Gee ikut jer warna eye shadow sama dengan warna baju kata orang “play save”. Kami bersembang sambil makeup Azida. Gelak tawa menceritakan pengalaman dan tempat bekerja. Azida ni rupanya seorang wartawan di Utusan Malaysia. Manakala suaminya pula adalah seorang photographer di tempat yang sama. Kata Azida dia suka dengan ayat yang gee gunakan dalam blog. Katanya lagi Gee boleh jadi wartawan hiburan. Huhuhuh gelak besar Gee. Gee kata Gee belasah jer...
Untuk menyerikan muka Azida Gee gunakan foundation khas seperti se­belum ini. Sebelum itu base Gee gunakan hijau dan oren. Base color untuk kulit muka Azida Gee gunakan warna 4 dan ada beberapa stick lain untuk shading dan highlight. Yang peting muka Azida tak mempunyai masalah yang besar cuma sedikit eyeback yang perlu diatasi dan bekas jerawat pada pipi Azida. Hidung Azida perlu diberikan penekanan shading. Azida tampil cantik dengan baju berwarna kelabu seakan biru. Manakala lace luar pula warna kelabu seakan rona ungu. Memang simple tapi cantik bila dipadankan pada badan Azida. Kata peribahasa melayu, Laksana janda baru bangun tidur. Maksudnya kalau dah perempuan tu cantik pakai apapun cantik.
“Cantiknya... Cantiknya... I dah macam artis” seakan tak percaya Azida apabila melihat dirinya dicermin. “Eh! dah macam Ziana Zain lah muka Azida,” kata teman Azida Alhamdulillah lega Gee. Makcik dan emaknya sempat memuji. Puas hati dengan solekan Gee. Kawan Gee, Dilla turut puas hati dengan hasil kerja Gee. Sempat juga Gee terdengar dari kalangan keluarga Azida yang mengatakan solekan Azida lebih better dari akad nikah. Gee rasa amat terharu dengan kata-kata itu. Moga Allah sentiasa memberi idea baru untuk Gee mencantikkan bakal pengantin yang akan Gee makeoverkan nanti.


Acara penuh meriah dengan paluan kumpulan cak lempung dan kompang semasa berarak. Memang seronok mendengar alat muzik yang dimainkan. Meriah!

Comments

dina said…
memang mcm ziana zain... wah! cantik betul gee mekapkan azida...
geecantik said…
huhu.. biasa-biasa jer...

Popular Posts