ITA, MELAKA - IMBASAN KUZA/FASHA

KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN IMEJ
Kali ini tugasan Gee di Sungai Petai Melaka. Buat pertama kali Gee menggunakan bahan foundation baru untuk diaplikasikan pada Ita. Ita yang sememangnya tidak banyak bercakap membuatkan Gee selesa untuk bekerja. Masalah pada Ita adalah mempunyai bekas jerawat dan warna kulit yang kurang rata. Nasib baik kulitnya tidak terlalu gelap. Manakala matanya agak sukar juga untuk Gee membuat pilihan sama ada menggunakan teknik socket, smocky, soft socket, full socket dan smocky socket. Gee sedaya upaya cuba memberi kelainan padanya. Matanya yang agak menonjol dan pandangan menurun Gee gunakan tekknik smocky purple, pink dan black. Manakala bulu mata yang special baru beli di KELRINA BUTIK HOUSE berjaya membuatkan matanya menyerlah. TQ Kelrina. Bahan foundation baru itu yang sering Amy Janz (makeup artis) kenakan pada solekan Rozita Che Wan benar-benar berkesan cuma ia sedikit berminyak dan sering perlukan touch up. Namun bedak two way cake dan lose powder memanpankan wajahnya. Hasil di dalam photo ... EMMmmm menakjubkan. Lihat hasilnya... cantikkan.

Terdapat 3 pasangan persalinan untuk malam berinai iaitu baju Vietnam, Arabian dan Jawa. Pose yang diberikan oleh Ita membuatkan photographer kami selesa merakamkan detik istimewa itu. Untuk pengetahuan gambar persalinan kebanyakkannya di berikan oleh AJAILILY PHOTO (http://ajailily.wordpress.com). TQ ajai dan isteri uall memang best. Kami saling ajar dan mengajar supaya lebih mantap dan menyengat. Begitulah resam hidup. "Sentiasa belajar dan belajar."

Malam berinai memang seronok. Tapi yang tak seronoknya jika masa yang diberikan oleh Gee agak terhad. Seperti yang terjadi pada Gee untuk menyiapkan Ita. Kerana gara-gara pernikahannya dilakukan selepas Isyak di Masjid dan seterusnya persalinan finale untuk malam berinai adalah Sanggul Lintang Melaka. Nervous Gee... Bayangkan pengatin baru selesai untuk sesi pernikahan pukul 11 malam. Kelam kabut Gee masa tu... apa taknya of course kita nak cepatkan. Takkan kita nak tunggu sampai lewat malam. Kesian pula tetamu dan juga sanak saudara Ita menunggu untuk bersiap.

ALLAH tu maha ESA. Benar... dalam masa 20 minit Gee dapat siapkan complite dengan pengantin lelaki. Gee rasa masa itu agak pantas untuk Gee. Untuk sanggul lintang ini banyak cucuk sanggul yang perlu dipasangkan. Yang utama sanggul besar yang ready made tu oklah... ni yang cucuk sanggul tambahan ni. Silap pasang boleh tergolek atas pelamin. Mujur semuanya ok dan famili Ita memang baik hati memahami situasi Gee. Malam itu, Ita nampak cantik sangat dengan pakaian songket bunga tabur merah hati. Ketinggian Ita membantu baju yang dipakainya benar-benar mengamit hati tetamu yang hadir. Alhamdulillah ramai yang suka dan ingin membuat tempahan. Lewat malam sebelum pulang Gee sempat bersembang dengan pengantin dan juga teman-teman baiknya. Sempat kami berkongsi cerita dan pengalaman Ita sewaktu memakai Sanggul Lintang tadi.
Apa yang penting selesai dengan jayanya. Alhamdulilah...


Comments

Popular Posts