DIRIKU BAGAIKAN PERMAISURI - ANIS SEK. 24 SHAH ALAM
Salam semua... Pasti anda semua panas punggung menunggu bilakah makeover Anis akan di paparkan? Kali ini Gee akan memaparkan berperingkat-peringkat memandangkan gambar yang diperolehi sedikit lambat ke tangan Gee kerana masing-masing sibuk dengan kerja-kerja di opis. Anis, Gee memohon maaf kerana maybe Anis tertunggu-tunggu gambar Anis di muatkan di blog ini. Berikut adalah gambar kenangan Anis ketika dimakeoverkan. Saksikan...
Memang seronok bekerja dengan Anis. Mulanya apabila Gee sampai bersama rakan makeup Gee iaitu pejot, kami diberi layanan istimewa dengan menikmati hidangan ala masakan kampung. Seronok makan gulai pisang bersama dengan ikan bakar bergandingan dengan sambal belacan. Memang best giler! Kemudian kami sempat berkenalan bersama keluarga Anis terutama saudara perempuan mereka. Kak Dian memang sporting habis! Suka tengok dia yang sentiasa ceria. Katanya dia ingin mempelajari teknik dan ilmu makeup Gee. InsyaAllah... kalau ada masa yang sesuai kita ketemu lagi. Kemudian Gee meneruskan tugasan Gee.
Gee menggunakan warna purple seakan gangsa (produk MAC) untuk sesi akad nikah. Konsep glamour dan teknik smocky eye Gee gunakan untuk menyerikan wajah Anis. Anis pada mulanya malu-malu. Selepas kami berkenalan satu sama lain dan Gee membuat lawak baru Anis nampak serasi. Di sambut pula dengan ring tone h/p Gee berbunyi kokokan ayam dan perkataan "ayam goreng" berkumandang membuatkan Anis ketawa terkekeh-kekeh. Terus kami bertukar ringtone. Huhuhu...

Ulasan