IDA, BAGAIKAN ARTIS.



Alhamdulillah! Ida telah selamat diijab kabulkan di Masjid area Cheras. Terima kasih kepada keluarga pengantin kerana melayan Gee dan Lya dengan tangan terbuka. Seronok dengan familinya yang ceria diselang dengan makanan yang dihidangkan. Kali ini, Gee amat berpuas hati dengan hasil solekan yang dikenakan kepada Ida. Penekanan kepada solekan soket kepada mata dan juga shading pada pipi kerana Ida tampak sedikit gempal pada pipinya. Warna yang digunakan warna gangsa keemasan dan ditambah dengan warna pink dan kemasan warna coklat yang sesuai untuk majlis akad nikah pada waktu malam. Ida tampil glamour ala makeover artis...

P/S: Terima kasih kepada keluarga pengantin dan jika berpuas hati dengan hasil kerja Gee sila buat tempahan tarikh persandingan sebelum terlambat...

Blockquote

Ulasan

Jason berkata…
wawawa....cantekkkkss..niceee sgt..
achee_b165 berkata…
cun arrr.. mmg class gitu...

~mamaREDZHA@p-na~

Catatan Popular