ERNA - SAUJANA JATI, KLANG.

URGENT! kata BOS DZ Bridal Klang. Kawan gee sorang ni mintak gee ambil job dia, katanya tak cukup staff untuk minggu tersebut. So macam biasa gee pun tolonglah Hakimi. Kesian katanya dia busy sebab ke Bangkok. Kali ini, gee bersama Fizie my classmate... katanya dia nak belajar makeup dengan gee. So gee bawaklah ke tempat butik DZ BRIDAL dan terus ke rumah pengantin.

Erna menyambut kami dengan baik sekali. Pagi-pagi lagi kami diberi sarapan dengan kek sponge. Thank you so much ya! Emak Erna baik orangnya waktu kami sampai dia sedang memberi makan kepada 5 ekor anak kucing parsi yang cantik dan gemuk. Memang cantik gile! Setelah beramah mesra dengan famili Erna, gee pun startlah untuk menunaikan matlamat gee.

So dalam pukul 11 lebih, baru gee start memulakan make over Erna. Erna mempunyai sedikit masalah pada kulit yang sedikit tidak rata, muka yang agak lebar, hidung kurang mancung dan mata yang tidak mempunyai kelopak. Jadi, Gee gunakan teknik socket bagi menampakkan effect kelopak. Muka Erna dishadingkan dengan warna negro dan chinese. Gee mengambil masa agak lama pada shading wajah Erna. Sedikit problem pada masalah pencahayaan bilik. Jadi menyukarkan gee mendapatkan warna yang sesuai dengan Erna. Nasib baik pilihan warna gee tepat! Pink, coklat and gold. Namun, Erna sangat baik. Mudah berkerjasama apabila mendapatkan tempat yang mempunyai pencahayaan yang cukup untuk makeover. Dan hasil kesabaran Erna, akhirnya berjaya mendapatkan hasil yang memuaskan hatinya. Erna Suker! Gee lagi Suker! :)

Comments

Popular Posts