AKHIRNYA AKU KAWIN...

Assalamualaikum semua maaf di atas kelewatan update memandangkan saya baru sahaja menamatkan penganjian MASTER ART & DESIGN saya. So, saya fokus kepada perkahwinan adik saya Norlaila dan Norizan pada 1,2 dan 3 Jun 2012 yang lepas. Gambarnya juga belum saya kemaskinikan. Tunggu ya InsyaALLAH selepas semuanya nya selesai Gee akan update di blog ni. Kalau nak dapatkan info yang cepat kebiasaannya gee update di facebook gee. 
 
Selama ini, saya menyempurnakan majlis orang kini giliran saya pula. Mengenai persiapan memang simple. Tiada yang memukau seperti artis. Dan mesti ada yang berkata... "Kenapa buat simple ek" Jawapannya: saya lebih gemar bersederhana kalau saya kaya dah lama saya buat besar-besaran. Saya bukanlah jenis menghabiskan ratusan ribu ringgit untuk semata-mata majlis perkahwinan, cuma dapat melunaskan impian pun dah bersyukur. 

Dengan rasa rendah dirinya saya amat bersyukur akhirnya saya kahwin juga... Majlis akan dibuat pada 1 Julai 2012 bersamaan hari Ahad. Jam 9.30 pagi sesi akad nikah yang akan berlangsung di Dewan Dr. Siti Hasmah (PUSPANITA), Jalan Hose, Kuala Lumpur. Belakang sahaja dengan bangunan Dewan Bahasa & Pustaka. Bermula dari jam 12.00 tengah hari - 4.00 petang tetamu diraikan. Manakala upacara bersanding dilakukan pada pukul 1.00 tengah hari. MUA yang hadir dan ada yang terlepas dari ingatan saya untuk menjemput sekali lagi ke majlis saya ini. Pastikan bajunya berwarna COKLAT dan CREAM agar saya tahu anda Makeup Artist. Kalau takde warna baju tu pun tiada masalah. Datang je.

ORANG PILIHAN GEE CANTIK YANG AKAN MENYEMPURNAKAN MAJLIS INI ADALAH: 

MAKEUP ARTIST/CELEBRITY:
SIFU AMY JANZ (juru makeup ROZITA CHE WAN)

BAJU AKAD NIKAH:
DARI BUTIK KL (ILA)
Pemenang Jarum Berlian

BAJU SANDING LELAKI DAN PEREMPUAN:
Dari SIFU AMY JANZ dan CHANNEL

PHTOGRAPHER PREWEDDING DAN WEDDING:
SHAZ'S IMAGE / SHAZLISAPARDIN / SHAZLISHOTS

PELAMIN DAN WALK WAY:
KURSHA WEDDING KUALA LUMPUR

SPONSOR DAN DEKORASI HANTARAN LELAKI:
CHI CHI MELAKA (BUTIK GEE CANTIK)

SPONSOR DAN DEKORASI HANTARAN PEREMPUAN:
FAMILI DAN SANAK SAUDARA NOOR ADIRA.


BERIKUT ADALAH ORANG TERLIBAT DI BELAKANG TABIR UNTUK MAJLIS PADA 1 JULAI NANTI. TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG MENYEMPURNAKAN MAJLIS YANG SIMPLE DAN INDAH INI.








Apa yang menarik? Ingin tahu saya mengenali bakal isteri saya baca buku dan scrap book yang terdapat di perkarangan dewan dan ada video kisah kami sebelum kami masuk ke dewan. Berikut adalah sesi pre wedding kami yang telah dilakukan sebulan lebih awal untuk pic kenangan kami bersama nanti. Juru foto tersohor ini pernah mengambil gambar Angkasawan Negara, Sheikh Muszaphar. Kali ini giliran kami. Editing ini di edit oleh Gee Sendiri. Namun sukakan bedikan lensa yang dilakukan oleh Shazli dan rakannya. Two Thumbs for u...

Comments

Popular Posts