AIN MERLIMAU MELAKA ANGGUN DAN BERGAYA

Ain dari Merlimau Melaka telah membuat booking awal lagi. Ingin memastikan solekannya cantik dihari bersejarahnya. Rupa-rupanya rumah Ain dekat sahaja dengan rumah kakak kandung Gee. Mujur mudah mencarinya. Seawal pagi Gee sudah sampai ke rumahnya. Seperti biasa Gee melakukan sesi beramah mesra bersama pengantin dan keluarga pengantin. Semua menerima Gee dengan hati terbuka. Untuk makeover Ain sangat mudah kerana kelebihan pada kulit mukanya yang licin membantu hasil solekan tampil berseri dan kemas.
Kami bersembang lama mengenai solekan memandangkan Ain suka bersolek. Menceritakan pengalamannya di makeupkan oleh kawan kakaknya. Kali ini Ain lebih berpuas hati kerana apa yang dihajati semuanya menjadi. Syukur alhamdulillah Ain sangat berpuas hati dengan sentuhan emas Gee. Untuk akad nikah warna yang digunakan oleh Gee adalah warna mac berona coklat dan keemasan agar tampil simple dan juga sederhana. Kemudian untuk persandingan pula Gee menggunakan warna cari makan iaitu warna kesukaan Gee sepertimana biasa Gee gunakan berona pink purple dan sedikit hitam.
Cantik bukan senyumannya menampilkan seri di wajah.
Cantik Ain mengenakan pakaian berwarna ungu.



Comments

Nurul Rizal said…
t.ksh gee.. cntik ssgt.. really luv it muaxx.. :)

Popular Posts