SAKSIKAN PAPARAN AKAN DATANG: ALIA

Jika dahulu Lily Fazrina kakak kepada Alia telah menggunakan khidmat solekan Gee untuk menyempurnakan majlis perkahwinannya kini giliran Alia pula tidak mengalah dengan perisiapan yang begitu rapi. Alia telah membuat tempahan awal seawal 7 bulan lalu untuk mendapatkan khidmat sentuhan Gee. Akhirnya tercapai hajatnya apabila Gee bersedia untuk menjadikannya seperti RATU SEHARI yang menjadi kenangan sepanjang hidupnya. Seronok bekerjasama dengan famili Alia tambahan emaknya begitu baik sekali melayan Gee dan juga kakaknya yang begitu prihatin dengan solekan Gee. Seronok bertemu mereka kembali. Untuk solekan Alia sangat mudah. Alia mempunyai tekstur kulit yang halus dan mulus. Senang betul faoundation melekat dipipinya itu. Seri wajahnya juga terserlah dengan senyuman manis yang dimilikinya itu tidak disia-siakan. Senyumannya tidak pernah lekang melihat rakan dan taulan bertemu untuk mengucapkan kata-kata bahagia di hari bersejarah itu. Gee juga tersenyum dan dapat merasakan keseronokan dan kebahagiaan yang dirasai Alia ketika itu.
Persiapan menuju ke Masjid terdekat di area Bangi untuk sesi akad nikah.
Malam tu Gee stay di hotel yang disediakan untuk persiapan malam berinai. Malam itu, alia mengenakan pakaian lace merah dan hitam. Memang menarik dan cantik kena dengan potongan Alia yang genit. Makeup yang disarankan oleh Gee kepada Alia juga memberi kesan kelainan dan dipersetujui olehnya. Penggunaan warna purple and black serta kombinasi warna nylon memberikan kelainan pada mata Alia. Warna eye shadow yang sesuai mujur tidak ditenggelami oleh warna baju yang memukau pandangan. Tambahan malam itu warna bibir Alia Gee gunakan warna merah agar lebih daring dan tampil berani. Penekanan shading pada wajah juga Gee tekankan agar tampil lebih panjang mukanya. Rambutnya Gee buatkan bun agar mukanya lebih tampak panjang dan mengelakkan kekurangan pada pipinya sedikit tembam. Pelamin nan indah itu amat cantik dan melebar. Putih sentiasa diminati oleh bakal pengantin. Gee pun suka... Pujian diberikan kepada Alia kerana tidak kekok bergambar dan pandai berposing. Bagus Alia...Solekan mampan ini telah mendapat pujian oleh familinya serta tetamu yang hadir dan menyamakan diri Alia seperti bekas isteri Aziz M Osman. Wah tampil seperti artis katanya... Tahniah buat Alia dan Rusde. Selamat Pengantin Baru.

Comments

Popular Posts