NAZRIN, TELUK PULAI, KLANG. MAKEOVER NIKAH DAN PEMASANGAN BAJU UNTUK PERSALINAN.

Nazrin dari teluk pulai, Klang, Selangor merupakan gadis yang petah dan merupakan peminat makeup Gee Cantik. Orangnya yang suka berceloteh membuat Gee banyak tertawa dengannya. Dengan rakannya yang menemaninya sepanjang masa pun begitu juga sifatnya. Suasana bilik tidaklah begitu bosan. Hari pernikahan Nazia di lakukan pada hari Jumaat. Gee datang dalam jam 11 pagi untuk memulakan makeovernya. Kemudian sambung semula untuk tatarias dan pemakaian lengkap tudung selepas solat Jumaat. Kebetulan ketibaan pengantin lelaki agak lewat jenuh juga menunggunya kerana kesesakan di bandar Klang yang sememangnya tidak dinafikan...
Gee diperhatikan oleh nenek Nazrin yang particular dengan makeup. Dia mahukan cucunya tampil cantik bak ratu. Permulaan tu rasa nerveous juga menyiapkan Nazrin, apabila sudah berborak panjang dengan neneknya membuatkan semuanya menjadi mudah... ala WONDERPETS tu... Apa yang penting kerjasama... Huhuhu
Pemasangan bulu mata yang panjang kehadapan pada Nazrin membundarkan matanya. Penggunaan teknik smokey socket digunakan dan sesuai untuk sesi akad nikah. Warna plum blossom, skecth dan black serta bantuan warna rice paper dan expensive pink membuatkan matanya menjadi menawan.
Lihat hasilnya dan sebelum memakai tudung Gee memberi cubaan sekiranya Nazia tidak memakai tudung dan berposing dengan crown bak ratu itu. Cantik... tapi lebih manis acara akad nikah dengan bertudung. So sweet... Banyak gambar yang diterima adalah dari hasil gambar hp manakala gambar dari Nazrin Gee rasa banyak yang lebih cantik...Sama cantik sama padan bak burung mepati yang duduk disinggahsana. Pelamin nan indah ini milik Butik Azika di bandar Klang. Seronok berjumpa dengannya walaupun seketika pertemuan di rumah Nazrin. Makeupnya pun ada gaya tersendiri.
Selepas sesi akad nikah, maka berlangsunglah majlis malam berinai dimana tugasan untuk makeup persalinan dilakukan oleh Puan Azika. Manakala Gee ditugaskan untuk menyiapkan penggayaan rambut dan persalinan kerana Puan Azika ketika itu ada makeup di tempat lain. Jadi Gee membantu dan bekerjasama dengan Azika menyiapkan tugasan tersebut. Malam itu Nazrin tampil cantik dengan pelbagai baju yang digayakannya.

Comments

Cheryn MS said…
THANKS GEE..i suka masa gee makeup kan nikah and siapkan malam berinai, cepat dan pantas siapkan...tapi hasilnya...da bomb....creative...i ,loike:) xrugi guna service gee....

Popular Posts