RAZLINDA RADZUAN - JOM KE JELAI!

Jom ke Jelai! Kali ini anak kelahiran Felda Jelai Razlinda Radzuan pula menjadi pengantin yang di makeoverkan. Bersama pasangan yang juga swwet dan comel iaitu Ashraf merupakan anak kepada tokey ANA MUSLIM. Nantikan cerita menarik mereka!Pagi-pagi buta lagi Gee sudah bangun dari tidur yang indah. Kira-kira jam 4 pagilah Gee bersiap dan bertolak ke Felda Jelai. Macam nak bangun bersahurlah pulak Gee ketika itu. Gara-gara ingin melunaskan hasrat terindah buat Razlinda dan juga Ashraf. Sememangnya peta yang diberikan oleh Linda memang jelas dan sangat senang biarpun Gee pertama kali ke sana. Alhamdulillah kesemuanya menjadi mudah dengan izin ALLAH... Setiba di rumah Linda Gee di sambut baik olehnya. Kelihatan wajah sugul Linda masih terpancar di raut wajahnya yang polos itu. Walaupun senyuman manis dilemparkan namun Gee tetap merasakan kehilangan bapa kesayangannya seminggu yang lalu. Namun, Linda seorang yang cekal dan tabah. Sikap pandang ke hadapan membuatkan Gee belajar sesuatu darinya. Gee doakan arwah ayah Linda ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan istimewa...Baiklah... sekarang kita fokus dengan makeover Linda. Untuk memakeover Linda amat mudah kerana faktor kulit yang licin membantu foundation yang digunakan serasi dengannya. Kebetulan Linda sukakan yang vogue gitu. Sudah mengantuk disorongkan bantal, Gee pun merias wajahnya sebaik mungkin. Lihatlah wajah Linda, cantik bukan. Foundation yang digunakan supra 5, dirapikan dengan stick foundation nombor 4, 5, chinese dan juga negro. Manakala eyeshadow semestinya Gee gunakan warna "cari makan" Gee. Linda sungguh teruja dengan hasil solekan yang dihasilkan oleh Gee ketika itu. Sehinggakan saudara maranya memuji dengan hasil solekan Gee. Alhamdulillah terima kasih... Tengoktu! amboi-amboi Linda dan suami berposing sakan. Ala-ala artis katanya. Ashraf ni merupakan anak tokey majalah ANA MUSLIM tu. Untuk pengetahuan Ashraf Gee suka dengan produk ANA MUSLIM. Comel secomel anda berdua. Cantik posing mereka. Mana tidaknya Gee dibantu oleh Dasheela Fotographer yang menyempurnakan majlis Linda. Lihatlah hasil bedikan lensanya amat memukau. Kebanyakkan gambar disini hasil sumbangan Dasheela. So! tak rereti pengantin dan juga photographer hantarkan emel gambar-gambar pengantin yang pernah Gee buat dan bekerjasama dengan anda untuk dipromotekan di sini. Hehehehe perasan jer Geekan...Emm... semasa majlis berlangsung memang meriah. Kebetulan Linda dan abangnya berkongsi tarikh yang sama untuk mengadakan majlis persandingan di Dewan, Jelai. Majlis mereka tiada serinya kalau tiada teman-teman, saudara-mara yang hadir dan memberikan kata-kata tahniah pada mereka berdua. Di sini sempat Gee rakamkan gambar kenangan yang hanya sekali seumur hidup mereka.Lepas berposing sakan di dewan. Mereka ke outdoor shooting pula. lokasi mereka di stesen keretapi. Menarik dan pilihan baju seputih salju itu timbul dengan warna sekeliling mereka. So sweet. Gee membayangkan mereka seolah-olah merpati yang terbang berdua tanpa memikirkan masalah yang datang. Apa-apapun Gee ucapkan tahniah dan Selamat Pengantin Baru! :)

Comments

bie said…
good make up i like this...mybe thiss year i get mreed i msti cari u..
geecantik said…
TQ achik Endy....

Popular Posts