AIN WANGSA MAJU - TEMA BIRU MENJADI PILIHAN

Selamat Pengantin Baru buat Ain dan suami. Ain merupakan adik kepada kawan sekolah Gee iaitu Adlyana Abdullah yang berasal dari Masjid Tanah, Melaka. Sewaktu makeoverkan kakaknya di Melaka, Ain sudah menanam rasa untuk mengambil Gee sebagai makeup artistnya apabila dia bersanding nanti. Akhirnya ia menjadi kenyataan. Puasa hati Ain mendapat sentuhan Gee. Gee rasa amat terharu di atas kesetiaan menunggu Gee untuk mendapatkan tarikh yang benar-benar sesuai untuk majlisnya. Apa-apapun tahniah to uall berdua. :) Lihat hasil solekan Gee untuknya. Gee naikkan seri wajahnya dengan sapuan foundation kemas kepadanya. Selain itu penggunaan shading wajah membantu menyeimbangkan wajahnya serta penumpuan diberikan pada solekan mata yang tampil galak dan segar. Ain tampak berseri sekali dengan padanan songket berganding dengan lace berwarna biru terang. Rambut yang di highlight bewarna keperangan menampilkan wajahnya moden dan segar.Memang berseri Ain dan suami di atas pelaminan. Masing-masing tersipu malu apabila lensa kamera tidak berhenti memancarkan sinarnya. Seakan superstar mereka di atas singgahsana yang dihias simple sesuai untuk majlis persandingan di sebelah lelaki.

Comments

Popular Posts