AZIE DARI MERLIMAU, MELAKA - ALL OUT UNTUK MAJLIS PERSANDINGANNYA

SILA KLIK UNTUK BESARKAN GAMBAR
Berdebar pulak rasa Gee bila melihat preparation Azie dari Melaka. Bila melihat di dalam blog kesemuanya diatur dan dirancang dengan bagus sekali. Harus pengantin-pengantin menimba pengalaman Azie ketika menguruskan perkahwinannya. Listing dan folowup amat perlu dalam melaksanakan persediaan, tugasan dan arahan. Azie merupakan gadis kelahiran Negeri Tuah ini katanya ada kene mengena dengan saudara mara Anuar dan Ziana Zain yang berasal dari Merlimau Melaka. Tengok keningnya pun dah macam seiras Ziana Zain. Huhuhu melatopz!Pagi tu Gee bergerak dari kuala Lumpur terus menuju ke Merlimau Melaka. Arahan yang diberikan oleh Azie sungguh jelas dan sedikitpun Gee tak sesat dan dapat menemui Dewan Datuk Haji Ahmad Ithnin, Merlimau, Melaka. Sampai sahaja Gee terpegun dengan pelamin yang dihasilkan. Bagus sekali pelamin yang dipilih oleh Azie yang kebanyakkannya menjadi kesukaan tema pengantin pada masa sekarang iaitu seputih salju katanya. Pelamin tersebut telah dikendalikan oleh Butik Pengantin yang dipilih oleh Azie dan bukan milik butik abang Gee. Harus bagi 'A'. Kekemasan amat jelas terlihat dari segi susun atur dan lipatan kain memang superp! I like. Selepas merakamkan gambar singgahsana pelamin nan indah tu maka muncullah Azie. Gee disambut baik dan kami memilih untuk tempat makeover di rumah Azie sendiri memandangkan ruang dewan ketika itu terhad dengan banyak barang-barang seperti dorgift dan keperluan pengantin. Kami pun bergegaslah ke kampung Azie.Setiba di sana seronok melihat rumah Melayu yang tersergam comel yang berwarna kekuningan ala-ala pinang masak. Kami pun memulakan makeover di sana. Untuk menata rias Azie tidaklah sukar cuma harus diberi penekanan kepada mata dan shading yang digunakan harus berhati-hati agar mukanya tidak terlalu cengkung. Apa yang seronoknya bekerjasama dengan Azie, dia ni memang peramah dan happy selalu. Malah tak lokek berkongsi idea untuk menyiapkannya. Kami berkongsi cerita dan pengalaman masing-masing. Yang penting... Statementnya bila disiapkan... "Ha... makeup macamnilah i suka. I suka sangat Gee. Tq..tq sangat." Tak habis-habis memuji solekan Gee. Apa-apapun kalau base cantik makeup cam mana pun cantik Azie. Tahniah buat kamu! Lihatlah hasil tatarias Gee khas untuk semua peminat...Berikut adalah kata-kata yang diberikan oleh Azie kepada gee. Tq so much Azie, segala pujian bagi ALLAH. Dia memberikan kelebihan itu agar menyempurnakan majlis anda dan membahagiakan sumia Azie. Thanks a lot di atas pujian demi pujian. Syukur Alhamdulillah...

*omg Meletoppp... arghhh yahhh mmg terbaikkk!! huhu mmg aku suke suke suke bangat!! yah make up gee mmg cun sngat2! jutaan TQ buat GEE! thnk gee,u buatt i tersenyum spanjang mjlis berlangsung.. hee selaku orng kuat mjlis prsandingan di dewan.perkhidmatan gee mmg mavelous,aku sangt berpuas hati!! buat kamu yng mcr make up yng cun jom singah ker blog gee.. http://mywedding-azi3.blogspot.com/

Setiba di dewan, Gee tengok ramai betul orang menanti kami di sana. Kami lepak dulu kat bilik yang ada aircond. Lega sikit sesambil tu kita orang tak lepaskan peluang untuk berkenalan dengan photographer yang memang baik hati. Banyak juga subangan gambar yang menarik telah dirakam dan disumbangkan kepada Gee. Jika berminat dengan air tangan photographer ni bolehlah menghubunginya En Amir di talian 019-6552022. Bagus sekali angle yang diambil. Thanks Amir and Friends menyempurnakan hari bersejarah mereka dengan gambar yang meletops! Azie dan suami Tq so much di atas layanan yang diberikan. Ual memang sporting giler dan yang paling penting have fun sewaktu hari bersejarah mereka. :) Selamat Pengantin Baru. Moga Bahagia ke akhir hayat.Cantik baju ni. Memang tiptop! I like...
Berikut adalah pakaian persalinan yang dilakukan selepas bersanding. Ianya dilakukan oleh Juru andam lain cuma mengekalkan makeup Gee. Tatariasnya dilakukan oleh EL (kalau tak silap Geelah namanya cam tulah) Terima kasih kepada El dari ANDAMAN PUTERI MUNIRAH COLLECTION. Dengan kerjasama mereka ini membuatkan gambar kenangan sekali seumur hidup Azie akan dikenang sampai akhir hayat. TQ so much!.

Comments

azie said…
salam gee.. xada apa yng terucap.. terlalu happy dan tetap dikenang sampai sepanjang hayat =P thnk gee =P
geecantik said…
Sama-sama Azie. Moga berbahagia selalu...
ChiChi said…
salam..gee... u makeupkan azie memang sangat...sangat...sangat cantik..... mcm anak patung..... cantink gile...... chichi suke sagat dengan makeup nie.... bertuah azie nie kene dgn sentuhan ajaib u yg menampakkan azie nie bertambah2 cantik sangat... well done... congrate to gee n the bride...... perfect makeup..... i suke3x....
ChiChi said…
i bagi gred A+++++++ for this makeup....
amirudin amat said…
Thk a lot for u Gee... Diatas mengiklankan no phone kami dan foto yg dirakam oleh kami.Semoga kita dapat bekerjasama dilain kali.
Thk
geecantik said…
Terima kasih chichi dan Amir(photographer) and team. Jika berkesempatan kita akan bekerjasama lagi...
wow cmni kalau nak guna khidmat gee boleh ke?tapi i kat rompin..huhu
geecantik said…
boleh je.. asalkan masing masing bersetuju dengan harga

Popular Posts