BLACK & WHITE - TEMA MIRA, TAMAN SRI AMAN, MELAKA.

KLIK UNTUK BESARKAN GAMBAR!
Kali ini Gee melakukan tugasan untuk memakeoverkan muka kacukan hindustan. Seronok juga makeoverkan Mira. Matanya besar dan senyumannya manis. Perubahan ketara juga apabila disiapkan. Kebiasaannya muka yang tipikal Gee gemar untuk makeoverkan sebab perubahannya akan lebih jelas dilihat berbanding yang dah sedia cantik. Kalau muka yang dah sedia cantik ni akan kelihatan sama sebab bagi Gee dia orang ni dah memang cantik so tak perlu nak tokok tambah cuma mungkin akan kelihatan lebih kemas dan berseri. Ada juga yang cantik tapi akan kelihatan lebih cantik. Ia bergantung kepada keadaan kata orang "full pakage".
Mira seorang gadis kacukan hindustan, mudah tersenyum dan senang untuk bekerjasama. Tambahan pula emaknya kawan baik dengan abang Gee, En. Rahman(012-6895761) kepunyaan butik pelamin dan andaman ni. So mudahlah kami bekerjasama dan tidak menjadi masalah untuk Gee beseloroh bersama mereka. Kebetulan sepupunya juga merupakan team lawan bola jaring Gee. Walau di padang kami musuh tapi di luar kami hanya manusia biasa yang bertuhankan ALLAH. So no hal... malah boleh berborak panjang dengan Gee sewaktu memakeoverkan Mira.Mudah juga untuk menyiapkan Mira. Walaupun kulitnya sawo matang, tapi senang untuk Gee lakukan sapuan foundation mand dan sedikit green untuk hilangkan parut. Dilapis dengan lapisan foundation khas. Hasilnya berdentum uals. Olahan kening sekadar natural kerana Mira tidak menyukai keningnya dihaluskan. Katanya aset dan trademark. Huhu pelik Mira ni. Takpe Gee ikutkan aje. Berikut adalah hasil tangan Gee. Penggayaan pun Gee juga yang bertanggungjawab. Dan terima kasih kepada photographer yang memberikan gambar ni. So bolehlah kalau sapa-sapa berkenan boleh ambil no. photographer ni: TOBE 012-6969943. 017-2241423.Kenangan yang tidak dapat gee lupakan adalah sewaktu malam berinai Mira. Maybe baru bagi Gee. Ketika malam berinai tersebut satu upacara adat mencari cincin didalam tempayan lama telah dilakukan. Katanya orang lama-lama dulu buat cam gitu. Gee pun sibuk memerhatikan gelagat mereka mencari cincin emas yang disembunyi di dalam timbunan beras. Pasangan pengantin dikehendaki beradu tenaga untuk mencari cincin supaya jika salah seorang mereka menemui cincin tu maka pengantin yang tewas hendaklah tidur dirumah sebelah pihak yang menang. Huhuhu pelik jugak. Namun, apa yang Gee pelajari... tujuannya adalah lebih kepada hiburan dan mengeratkan kasih sayang. Mana taknya. Kalau dah dalam timbunan beras tu mestilah tangan mereka saling bertemu. Dari situ terbitlah senyuman malu di kedua-dua belah pihak. So sweet & unic. I like... Malam tu Mira tewas di tangan suami tersayang... Ha! peminat Gee yang baca ni pun mesti tersenyum dan membayangkan pasangan masing-masingkan. :PBerikut adalah gambar persandingan Mira bertemakan black & white. Cantik juga sesekali pemilihan warna ini diketengahkan. Memang berani Mira memilih warna ini untuk temanya. Tabik spring! Toing.. toing.. toing...

Ulasan

Azi3 berkata…
cantik plamin dia gee...
huhu simple. Tapi cantik lagii pelamin Azie... Nervous tengok!
Azi3 berkata…
ohh yeahhh.... pndai gee berguraukn... ok per2 pun azie tunngu cerita baru dari gee yahhh =)
orait... tak sabar nak siarkan muka azie dan maZni..

Catatan Popular