YOUR DEPOSIT WILL BE BURN!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Untuk pengetahuan peminat dan bakal pengantin info ini tiada kaitan kepada sesiapa cuma sebagai panduan untuk menempah andaman Gee Cantik Resources. Untuk membuat tempahan anda perlu memikirkan:

1. Tarikh tetap untuk booking andaman.
Kenapa kita memerlukan tarikh tetap? Ia memudahkan anda dan juga Gee Cantik untuk memblock tarikh anda supaya tidak terkilan dikemudian hari dan memudahkan kerja-kerja kami. Ia juga sangat penting bagi Gee Cantik Resources untuk memberi ruang kepada anda (bakal pengantin) mendapat sentuhan Gee kecuali jika Gee tidak dapat menghadirkan diri atas alasan demam dan terpaksa bekerja/outstation. Jika berlaku sedemikian Gee akan memberitahu awal atau menggantikan orang yang bertanggungjawab untuk urusan tersebut.

2. Deposit burn.
Tempahan di buat awal dan segala permohonan dari pengantin lain ditolak atas dasar memfokuskan kepada majlis anda. Jadi, ia menjadi kerugian bagi pihak syarikat kerana telah menolak segala permohonan yang menjadi saingan bagi tarikh perkahwinan anda. Untuk itu, sekiranya deposit telah dibayar dan anda telah membuat pembetulan tarikh, penangguhan tarikh atau membatalkan booking anda, wang deposit anda dikira burn walaupun masih lama lagi tarikh perkahwinan anda. Walaubagaimanapun, perkara sedemikian boleh dirunding tetapi tidak ada konsep pemulangan deposit. Disiplin tanggungjawab bersama.

Kerjasama anda amat dihargai dan terima kasih...

Gee Cantik Resources.

Ulasan

Catatan Popular