MERAH & HITAM PILIHAN NURUL - BUKIT TINGGI, KLANG

KLIK UNTUK BESARKAN GAMBAR
Setelah lama menunggu giliran Nurul. Akhirnya, gambar Nurul dipaparkan juga. Bukan apa Gee Cantik sedang sibuk dengan tugasan di pejabat dan juga urusan penangguhan pengajian untuk semester ini. Jadi masa untuk meluangkan masa bersama blog dan peminat amat terhad. Untuk makeover kali ini, Nurul dari Bukit Tinggi, Klang pula menjadi perhatian kita semua. Nurul kalau dilihat dari peribadinya seorang gadis genit yang comel dan pemalu orangnya. Namun setelah mengenali dirinya ia tidaklah seperti yang disangkakan. Masih boleh membuat lawak dan gurauan. Jumaat hari pernikahannya. Seperti biasa warna krim seakan putih menjadi pilihan baju pernikahannya (akan dipaparkan kemudian). Untuk memakoverkan Nurul, pada pendapat Gee agak mudah juga cuma ada sedikit eye back dan juga masalah untuk simetri pada wajahnya. Terutama pada kening. Memang telah diakui oleh Nurul tentang kejadian Allah itu. Bagi Gee semua orang mengalami masalah itu. Termasuk pada diri Gee yang mata sedikit mengecil berbanding sebelahnya lagi dan kurang simetri. Tu sebablah Gee atau kita semua tak jadi model. So, kalau nak jadi model... tips dari Gee kenelah tengok simetri wajah kita dahulu. Kalau sama ukuran dan saiz setiap anggota muka maka ada canlah kita jadi model... Huhuhu dengan syarat tak de jerawat dan berlubang... Ok berbalik kepada makeover Nurul tadi, penggunaan shading pada pipinya juga dititiberatkan. Manakala teknik mencukur dan melukis kening juga dilakukan dengan penuh hati-hati supaya seimbang dan cantik. Penggunaan warna hijau, oren, chinese dan base layer kulit digunakan. Selepas itu Gee menggunakan foundation khas dan spray kekal/segar oleh M.A.C. Memang berkesan! So, cubalah spray tu. Take note ya! Teknik Smocky Socket menjadi favourate pelanggan Gee. Kata orang teknik ni "teknik cari makan." Tak tahu kenapa ramai orang suka teknik ni...Berikut adalah gambar kenangan mereka semasa di hari persandingan. Tema hitam dan merah menjadi pilihan si gadis genit ini memberi kelainan di atas pelamin bewarna krim dan putih. Memang nampak menonjol warna baju mereka di atas pelamin. Manakala aksesori (crown) dikepala nurul didatangkan khas dari Amy Janz. TQ AMY JANZ. Sanak saudara ramai yang membuat tepung tawar dengan di persembahkan seni silat pengantin yang mencuit hati penonton.Setelah penat berposing di pelamin mereka tidak lepaskan peluang berposing di dalam bilik pengantin sebelum menukar baju untuk sesi potong kek dan photoshoot di Taman Botanik, Klang. Kami melakukan sesi fotografi di sana. Memang menarik permandangan dan suasana di Taman Botanik Klang, sesuai untuk membuat fotografi untuk pengantin yang menginginkan tempat yang cantik untuk dirakamkan sebagai tanda kenangan mereka.Berikut adalah gambar sesi potong kek. Nurul mengenakan gown putih dan Johari memakai sut hitam. Selepas selesai acara potong kek mereka berkaraoke bersama dan seterusnya ke tempat shooting outdoor. Kami bergegas ke Taman Botanik, Klang. Takut-takut hujankan... So sampai kat sana tanpa berlengah masa kami pun merakamkan gambar mereka berdua. Seronok sangat tengok dia orang ni bergambar... romantik sungguh.

Comments

cam wajah penyanyi juliza adlizan lah
geecantik said…
emm cantik nurul masatu... macam puteri-puteri...
meletup lorrrr Touched u Gee.....Flawless!!!
Muahhhhhhhh

Popular Posts