Pelajar Uitm Melaka - Like a Superstar

Kali ini Gee Cantik telah memakeoverkan student-student uitm Melaka. Last minute Gee mendapat panggilan dari Melaka mengatakan Gee akan diberi tugasan untuk mencatikkan dalam 4-5 orang pelajar dan beberapa untuk membuat hair do... Katanya ingin melaram untuk dinner fakulti mereka. Saksikan pic mereka ini.

Ketawa Gee bila teringat gelagat mereka. Gee merasakan mereka seperti adik-adik Gee. Kami menyediakan minuman dan kuih cakar ayam semasa memakeoverkan mereka di butik Rahman (Abang Gee). Kata gadis berselendang kulit leopard ni "Susah betul nak cari butik macam ni. Puas kita orang cari rupa-rupanya dekat jer dengan rumah kami. Selalu lalu pandang rumah ni macam rumah orang kahwin jer. Takkan hari-hari kawin." Mana tidaknya rumah abang Gee ni dah macam rumah orang kahwin dengan hiasan langsir dan juga hiasan rumah dan bunga. Untuk pengetahuan Abang gee ni selain membuat servis andaman dia juga membuat langsir untuk rumah, tender langsir sekolah dan kerajaan. Pokok pangkalnya apa sahajalah yang berkaitan dengan hiasan langsir. "Eh muka I dah macam Ramlah Ram lah," ketawa kami beramai-ramai. Memang kelakar lah korang ni... have fun.

Mujurlah ada adik Gee Cici dan Laila yang membantu Gee ketika ini. Cici memasang base foundation berdasarkan arahan Gee dan tugas gee adalah membuat eyeshadow dan finishing seperti membuat hair do. Laila pula membantu gee memegang dan mengambil sepit supaya senang dan cepat. Dari pukul 1.45 hingga pukul 6 Gee kene siapkan mereka kerana mereka akan berada di hotel pada pukul 7 lebih. Mujur semua siap sebelum pukul 7 malam. TQ CICI & SISTER LAILA. Untuk gadis di atas Gee di arahkan olehnya untuk membuat smocky eye dark purple & black. Sungguh daring penampilannya dengan hair do yang Gee buat sedondon dengan pakaiannya dan menggunakan bunga merah untuk menarik perhatian warna baju dan rambut yang bewarna gelap. Very Elegant you!

Sementara gadis bertudung ini tampil kelainan dengan gayanya yang tersendiri. Ikatan tudung yang Gee buat sesuai dengan peringkat umurnya dan seakan ranggi. Wanita anggun dengan rambut suak ke atas menampilkannya supaya lebih bergaya dan menampakkan lehernya lebih panjang. Padanan warna purple dan black sesuai untuknya walaupun berlengan panjang. Selain itu gadis yang lain Gee hanya membuat hair do sahaja berdasarkan keksesuaian wajah dan rambut mereka.

Lihatlah gaya mereka dah macam superstar... Sesuai untuk mereka bergaya begini supaya tidak kekok semasa menghadiri majlis di alam pekerjaan nanti. Selamat maju jaya korang semua. Good Luck & have fun...

Comments

Anonymous said…
aduhaiii!! mmg tak leh nk ckp ape lagi dah gee!! make up gee mmg superb walaaa~!!!! lisa sukeee!!
terutama student yang pakai tudungg tuu!! cantiknyaaaaa!!!!
geecantik said…
huhuh tq lisa... Gee tengok lis suka masuk kat blog gee dan bagi komen membina. Time kasih lisa... :)
dina said…
wallah... memang cantik gee yg belah kiri tu cam ekin pun ada... huhuhu.... mantap!
Shima said…
Wahhhh...

Kau memang vouge la dik...

Akak kagum dgn usaha gigih kau ni. Teruskan perjuangan yg murni ini.

Tapikan, bila tengok wajah cute GEE ni, teringat kat citer SUTUN...

Bye2, sayang...
geecantik said…
huhuhu.. buat lawaklah kak shima ni... untuk pengetahuan semua Kak Shima ni bekerja di Sinar Harian... takde ke slot yang gee boleh masuk kak... huhuhu
D'Rimba said…
Salam, jemput ke blog saya juga ya semuanya.....Terima kasih.
fendy0211 said…
muka budak2 ni beza sgt lps n sblm mekap... pandai Gee.. bila la dpt bljr dgn Gee ni..

Popular Posts