ILA-LENDU, ALOR GAJAH



Membuat persalinan di Melaka memang memenatkan kerana persalinan kali ini agak banyak. Perbualan bersama pengantin-Ila membuatkan Gee tidak kekok untuk bekerjasama dengannya. Cuma Ila sedar yang Gee tidak berapa gemar kalau kanak-kanak berkeliaran di dalam bilik pengantin. Haru biru jadinya. Namun, dengan kesabaran dan juga tanggungjawab Gee sebagai 'tukang solek' Gee mampu lagi meleret senyuman. Biasalahkan kanak-kanak.... Persalinan kali ini di mulakan dengan akad nikah, baju Portugis, baju Vietnam, baju jawa moden, sanggul lintang dan gown... Cantik Ila sewaktu memakai baju vietnam dan juga baju portugis.

So pengajaran untuk kali ini adalah kalau boleh jangan reramai masuk kat dalam bilik pengantin terutama kanak-kanak. Bukannya apa, supaya tidak mengganggu konsentrasi jurumakeup dan juga untuk menjaga mood pengantin yang keletihan yang memberi kesan kepada gambar pengantin nanti. Kerana gambar kenangan itu hanya sekali seumur hidup... kan... Contoh lain, hantaran terbalik. Kesian Ila hantaran coklatnya terbalik gara-gara... :)

Comments

aD said…
wahh.. ada blog! menarik nih. mak add hang dalam mak punya contact list nahh.. keep it up!
eila said…
Seronoknye bile teringat hari perkahwinan.Puas hati sgt dgn makeup Faizal..hope success dlm bisness.

Popular Posts