ASSALAMUALAIKUM DUNIA... 2015 - Lace 3D dari Istana Puteh boleh ditempah sekarang!

Assalamualaikum dunia. Lama benar Gee tidak menulis dan memberikan khabar berita untuk perkembangan terkini Gee Cantik. Syukur Alhamdulillah setelah sekian lama menyepi diri kini Gee Cantik kembali dengan berita baru.

1. Istana Puteh

Merupakan butik terbaru Gee Cantik yang akan beroperasi sedikit masa lagi. Kini masih dalam penambahbaikan dari segi design, rekaan hiasan dalaman dan sebagainya. Kemungkinan akan beroperasi pada bulan 5 2015 nanti. Butik Istana Puteh ini terletak di Jalan Alam Damai 1, Jalan Alam Damai Cheras, Kuala Lumpur. Memfokuskan sewaan baju pengantin yang berbaloi dan murah sedikit berbanding butik yang lain. Cantik, mewah dan murah serta berbaloi jika datang ke butik kami. Berkonsepkan warna keemasan dan putih menjadikan butik ini lebih relaks dan mewah jika berada di dalamnya. Umpama istana di dalam taman, meriah dan rasa tidak mahu keluar bila berada di dalamnya. Yang pasti kami menjual border lace, lace mewah, batu diamond, swarovski, pearl serta manik dan labuci. Sesuai kepada butik-butik untuk membeli serta memborong barangan jualan kami. Selain daripada itu butik Istana Puteh ini akan menjual pakaian wanita dan seperti blaus, kain pasang, jubah-jubah modern yang hebat dan sedap dipakai di samping menerima tempahan baju kurung dan jubah. Tempahan untuk baju pengantin juga diambil dan yang pasti anda tampil mewah dengan pakaian dari rekaan designer kami.


 
Antara 3D lace yang dijual untuk para pemilik butik. Pelbagai warna dan rekabentuk lace 3D ini boleh dimiliki dengan harga jauh lebih murah dari kedai biasa dan toko mewah sedia ada.

2. Amni Home Deco

Merupakan bidang baru yang diceburi oleh butik Gee Cantik dengan memfokuskan kepada hiasan langsir, pemasangan wallpaper, perabut mewah dan yang paling seronoknya menjual langsir siap hanya memilih sahaja warna kesukaan yang diminati oleh para pembeli. Yang paling seronok adalah Amni Home Deco mendapat sambutan yang menggalakkan walaupun hanya beberapa bulan sudah memulakan operasi terlebih dahulu. Keseronokan menempah kain langsir yang berkualiti tinggi serta menjanjikan masa untuk siap selama sejam memang berbaloi dan menggembirakan hati semua pihak malah berpusu-pusu ke kedai jenama baru gee cantik ini. Alahamdulillah datanglah ke Amni Home Deco ini di alamat sebaris barisan butik gee cantik. Bersebelahan dengan kedai runcit 1 Malaysia.

3. Butik Luxury Concept dan MBH MEDISPA

Satu lagi brand yang akan memberikan saingan kepada butik-butik sedia ada kerana butik ala mewah ini akan beroperasi sedikit masa lagi di bandar Melaka. Konsep elegan mewah diketengahkan bagi bakal mempelai yang mempunyai citarasa tinggi dan Luxury concept menawarkan pakej costumade ini memang berbaloi malah bertepatan bagi mereka yang ingin tampil perfect semasa hari persandingan.

Comments

Popular Posts