GEE CANTIK MAKEOVER ELLY ISKANDAR, AIMAN DAN PROTEGE MENTOR 5

Gee Cantik bersama dengan Team Kak Ros JR - Artistic TeamGee Cantik/Faizal bergambar kenangan sebelum melakukan tugasan.
Dari Kiri Kak Intan, Ety Garib, Boy/mamat dan Kak Ros JR

Syurkur Alhamdulillah. Kali ini Gee Cantik diberi peluang bekerjasama dengan Kak Ros JR Artistic Team untuk program realiti TV iaitu program MENTOR 5 di TV3 yang lepas. Memang banyak pengalaman kerja-kerja dibelakang tabir. Sebelum ini Gee pernah bekerja dengan program anugerah Media Hiburan Anjuran Karangkraf. Kali ini Anjuran TV3. Antara banyak jurumakeup yang handal-handal kami terpilih antaranya Gee sendiri, Ita Garib, Kak Intan, Fiza MP, Boy Mamat dan Kak Rose selaku ketua jurumakeup. Walaupun kami ada ketua tetapi makeup kami dipantau oleh Kak Zai dari TV3. Gelap, terang warna eyeshadow, serta penggunaan bulu mata tebal dan nipis dipantau olehnya.

Kami sampai jam 3 petang, masa tu Gee sudah berjanji dengan Fiza MP anak didik Gee berkumpul di pintu C Stadium Melawati Shah Alam. Sebentar kemudian Kak Ros pun tiba dengan Kak Intan.

Kami masuk ke bilik makeup, mengemas barang dan kami bersembang serta berkenalan diantara satu dengan yang lain. Kami bertukar pengalaman di bilik makeup tentang penggunaan foundation yang bagus, maskara yang bagus dan bercerita kisah silam bagi seniour sementara menanti kehadiran artis dan protege serta staf yang ingin dimakeupkan. Yang penting tiada yang senyap apabila susana menjadi hangat dengan kehadiran semua makeup artis. Kami bersedia dengan membersihkan berus solekan dan juga menghias diri supaya kelihatan bergaya... Kemudian Gee ditugaskan oleh Kak rose untuk memakeover Aiman, kemudian protege Edry dan seterusnya Elly Iskandar. Aiman yang mendapat sentuhan Gee Cantik
Protege yang dimakeoverkan ole Gee Cantik.Kerja di belakang tabir. Gee sedang membuat hair stylish...

Mudah sangat bekerjasama dengan mereka cuma kita kena berhati hati dengan penggunaan warna yang tidak sama dengan baju dan bedak asas yang tidak terlalu cerah. Sepanjang programme tersebut Gee bersama mamat/boy ditugaskan menjaga Ely Iskandar dan juga Nas Ahmad. Asal time break saje cepat-cepat Gee memperkemaskan solekan Ely. Solekan Ely nipis... itru yang di phon olehnya. Namun kulitnya agak cepat berpeluh memandangkan disimbahi lampu sportlight yang bewarna warni. Elly Iskandar yang mendapat sentuhan Gee Cantik
Sempat merakamkan gambar kenangan di backstage.
Gee bersama Erra Fazira. Tahniah Erra menang!. Salma memang best!... Cayokkk...

Satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Memang best bukan sebab makeup artist tapi teruja dengan show secara langsung yang menguji kebolehan bekerja dalam tekanan dan juga menguji kreativiti. Apa-apapun terima kasih kepada Kak Ros JR yang memberi ruang kepada Gee menjejaki ke dunia media Elektronik. Syukur alhamdulillah...

Comments

Popular Posts