BENGKEL SOLEKAN GEE CANTIK - MELAHIRKAN PELAJAR BERBAKAT!



Kalau tidak kata-kata semangat yang diberikan maka tidaklah projek ini berjaya dengan excelent! Terima kasih untuk Hasnan(UKM) selaku penolong project juga kepada teman-teman yang membantu seperi Fitri(MARA), Anuar dari utara, Benji yang mereka baju Gee Cantik yang meletop itu. Tidak lupa juga kepada Azrin dan juga rakan dan juga anak didik Gee Cantik iaitu Lya Sweet - L'touch, Hanna, Diana, Fiza dan Fidz Fizie yang telah banyak memberi bantuan dalam menjayakan kelas kali ini. Juga tidak ketinggalan kepada model kami iatu SITI SAFURA yang sudi meluangkan masa dan menjadi model bengkel solekan. Kepada EMMA thank to u so much... Muah..muah..muah dalam puluhan event, event Gee Cantik menjadi tarikan dan pilihannya untuk kami adakan di hotel tersebut. Kepada penaja kami iaitu ADABI, CAK PHOTOGRAPHY dan juga RA - RAMAN AIZA BUTIK di TAMAN DIMENSI ALOR GAJAH, MELAKA yang menaja program kami ini. TQ so much to all of u...

Di pakai perawan wajah berseri;
Budimu tuan tidak terbalas,
Moga tuhan merahmati diri.


Pagi-pagi lagi Gee sudahpun sampai ke hotel bersama dengan anak buah Gee iaitu Azrin. Seawal jam 7 pagi waktu tu seingat Gee semua orang belum sampai...
Seronok bekerjasama dengan TEAM GEE CANTIK

Kelam kabut juga menyiapkan kerja-kerja dibelakang tabir. Maklum jelah first time event dibuat di hotel besar yang bertaraf antarabangsa ini. Sampai-sampai jer di perkarangan Lobi Hotel Swiss membuatkan air mata Gee mula bergenang melihat promo di TV PLASMA hotel dan sign board untuk programme Bengkel Solekan Gee Cantik Resources. Rasa sebak dan terharu juga macam tak percaya dan berdebar pun ada telah menusuk hati ini. Emm... what ever it is hari ini Gee akan mengajar dengan penuh keikhlassan hati dan mencurahkan segala ilmu yang Gee ada kepada student Gee nanti.





Sampai sahaja di pintu depan LOTUS 2 Gee terus meletak beg dan memulakan persiapan menyusun dorgift dan juga meniup belon serta memastikan set LCD berjalan lancar. Aromaterapi berbau TEDDY’S DREAM di pasang semerbak memenuhi ruang bilik tersebut. Kemudian TEAM GEE CANTIK mula sampai sorang demi sorang dan melakukan aktiviti pemasangan banner pada tiang, meniup belon, menyusun hamper dari penaja, sijil dan keperluan lain. Memang meriah! Walhal Gee sebenarnya nak buat simple-simple jer tapi dah macam event yang pernah Gee lakukan sewaktu bekerja. Kata orang alah biasa tegal biasa... Dengan bantuan rakan-rakan semuanya menjadi mudah.

Majlis terus berlangsung dengan sesi perkenalan antara peserta dan juga ada perkara yang telah menyentuh hati dan jiwa Gee ketika itu. Antara yang membuatkan Gee hampir menitiskan air mata adalah sikap dan semangat peserta yang sanggup turun dari jauh semata-mata ingin menimba ilmu seperti Yana dari Terengganu, kak Saidatina Ali, dan sebagainya. Dari Johor pun ada apatah lagi dari Melaka. Kes Fendy pula benar-benar menusuk hati Gee apabila sanggup tidak menghadiri majlis konvokesyennya di universiti semata-mata tidak mahu melepaskan peluang untuk menghadiri Bengkel Solekan Gee Cantik. Gee mempelawanya untuk mempelajari dan menyediakan hari khas bengkel solekan untuknya namun semangat yang diberikan kepada Gee itu membuatkan Gee lebih yakin dan bersemangat untuk mengajar mereka pada hari itu. Tepuk tangan untuk Fendi!...
Majlis berjalan lancar dengan bersuai kenal dengan team Gee Cantik dan juga anak didik Gee seperti ltouch, Hanna, Fiza, Diana dan beberapa orang lagi. Seronok dan sayu bila mendengar bacaan doa dari Benjy(Rizal). Tidak lupa juga kepada suami Nani yang sanggup tunggu sehingga habis majlis dan juga suami lya yang sudi meminjamkan laptop kepada Gee untuk Screen Priview. Kita merancang tetapi TUHAN menetukan... LCD tak boleh join dengan Laptop mujur jasa baik pasangan ini meminjamkan laptop kepada Gee. Syukur sekali lagi ada sahaja bantuan ALLAH turunkan untuk Gee.
Majlis berlangsung lagi dengan sesi suai kenal bersama peserta. Game yang ringkas tapi penuh dengan tauladan dan tahniah buat Yanti Ahmad kerana menjadi juara setelah menewaskan Normala dalam mencari sahabat terbanyak waktu itu. Yanti menerima buku Cara membuat Rambut keluaran Grup Buku Karangkraf.
Majlis berjalan lancar dengan bersuai kenal dengan team Gee Cantik dan juga anak didik Gee seperti ltouch, Hanna, Fiza, Diana dan beberapa orang lagi. Seronok dan sayu bila mendengar bacaan doa dari Benjy(Rizal). Tidak lupa juga kepada suami Nani yang sanggup tunggu sehingga habis majlis dan juga suami lya yang sudi meminjamkan laptop kepada Gee untuk Screen Priview. Kita merancang tetapi TUHAN menetukan... LCD tak boleh join dengan Laptop mujur jasa baik pasangan ini meminjamkan laptop kepada Gee. Syukur sekali lagi ada sahaja bantuan ALLAH turunkan untuk Gee.
Majlis berlangsung lagi dengan sesi suai kenal bersama peserta. Game yang ringkas tapi penuh dengan tauladan dan tahniah buat Yanti Ahmad kerana menjadi juara setelah menewaskan Normala dalam mencari sahabat terbanyak waktu itu. Yanti menerima buku Cara membuat Rambut keluaran Grup Buku Karangkraf.













Memang tiptop makanan mereka an feel back yang Gee terima masing-masing puas hati dengan makanan yang dihidangkan. A++ Gee bagi untuk Swiss Garden Hotel & Resident. Thank to EMMA. :) Dari satu meja ke satu meja Gee pastikan bersuai kenal dan bertemu dengan peserta. erkongsi cerita dan pengalaman dan juga penerimaan bengkel Gee.
Kemudian sesi seterusnya Gee mengajar teknik solekan socket terutama dibahagian mata. TQ to my anak didik Diana kerana sudi menjadi model ketika itu. Kelas seterusny dilanjutkan dengan pembahagian dua kumpulan iaitu Bahagia A dan Bahagian B. A akan makeup B kemudian b akan makeup A. Bila kelas semua macam tahu bila dan praktikal masing-masing menggelupur. Huhuhu kesian mereka. Biasalah student kalau tidak bukan namanya student ya tak. Yang penting mereka boleh mengikut langkah yang diberikan dan memberikan hasil yang baik. Ada yang perlu dibaiki kerana rata-rata peserta kali ini tidak mempunyai asas dan pengalaman solekan. Jadi adalah berbaloi bagi Gee setelah melihat hasil kerja mereka seolah-olah mereka pernah melakukan teknik solekan itu. Namun masih perlu belajar dan belajar lagi tidak kira bertuan guru sesiapapun Gee galakkan. Kerana ilmu itu tidak akan putus... Termasuk Gee sendiri kerana jika kita merasakan diri kita hebat maka kita tidak akan maju dan terus maju.

Sewaktu kelas solekan tersebut... Gee dibantu oleh senior mereka. Diana, Fiza, Marlia, Hana, Hasnan, Fidz fizie, Fetri dan Benji. Agak terkawal cuma ada sedikit kelewatan masa disebelah petang kerana peserta A terambil masa peserta B. Namun Peserta B lebih pantas membuat kerja kerana telah belajar ketika peserta A membuat solekan. Jadi secara tak langsung mereka belajar mengingat. Masa yang dirancangpun tamat seperti yang dijadualkan. Jadi Almost perfect majlis tersebut. Syukur Alhamdulillah.
Kemungkinan KELAS ASAS SOLEKAN & GROOMING akan menyusul di bulan September 2011... (masih lagi dalam perancangan) Sediakan wang secukupnya untuk kelas solekan ini agar anda dapat menempatkan diri dalam BENGKEL SOLEKAN GEE CANTIK & GROOMING. RATE ANGGARAN RM500...
Ulasan