SITI HAJAR, MELAKA - MALAM BERINAI BERSONGKET PUTIH

Bagi pasangan ini pernikahan mereka sudah pun berlangsung lebih awal. Jadi... Gee memulakan makeover buat Siti Hajar untuk majlis malam berinai. Bermula dengan tukar-tukar baju seterusnya kemuncak malam itu Siti Hajar mengenakan pakaian songket bunga tabur dengan bersanggul moden. Untuk menyiapkan Siti Hajar agak sukar juga memandangkan dia jenis berpeluh dan penilitian bagi pemasangan base amat berhati-hati. Katanya lagi... memang keturunannya jenis kuat berpeluh. Untuk itu perkara pertama Gee lakukan adalah mententeramkan dirinya agar jangan panik. Kemudian Gee lumurkan dengan ais bagi menyegarkankan kulit dan juga mengecilkan pori-pori yang mudah terbuka. Kemudian Gee sapukan krim dari MAC untuk menutupi pori-porinya. Pemasangan base krayolan membantu menutup segala kecacatan dimukanya. Bagi Gee kulitnya tidaklah bermasalah cuma dikhuatiri peluhnya akan membuatkan bedak bercapuk nanti. Namun, setelah selesai memakeover Siti Hajar, hasiln solekannya membuatkan dia sangat teruja. Alhamdulillah... kata Siti dia tak sangka foundation yang digunakan mampu membuatkan peluhnya terkawal tidak seperti makeup nikah yang dilakukan oleh orang lain. Namun, gee sentiasa mengawal bedak dan sentiasa touchup bagi mengelakkan bedak akan pecah.Setelah larut malam, bedaknya maintain. Mujur... Tengoktu dia berposing sakan dengan suaminya yang berasal dari Sabah. Berikut adalah baju persalinan yang di pakai oleh Siti Hajar. Lenggar, Jawa moden, Korea, dan lace putih pink. Cute...Untuk hari persandingan Siti Hajar memilih tema biru untuk temanya. Solekan kali ini Gee gunakan warna gelap pada hujung ekor mata agar nampak lebih dramatik. Pemilihan bajunya jenis berlabuci penuh ala indonesia. Comel sangat dia ketika itu...

Comments

Gee sgt kreatif..suka sentuhan makeup serta susunan gambar yg dipamerkan...suka sgt!
geecantik said…
tq so much diana.... blalah gee nak ke butik diana...

Popular Posts