SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA PEMINAT GEE CANTIK

Assalamualaikum... Di kesempatan bulan mulia ini. Gee mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin. Ucapan ini ditujukan kepada peminat Gee Cantik Resources, pengantin-pengantin dan juga kepada anak didik Gee, Chi Chi, Fie, Ltouch(lya), H'hanns (hana), Nik di Terengganu, Siti Nordiana, Norhayati di Pahang, Kak Salmiah (Melaka), Norliana di Bahau, Negeri Sembilan dan Rafiza yang berada di Johor.
Gee juga mewakili En. Rahman dan keluarga serta Chichi memohon maaf jika sebarang urusan kami yang menyinggung perasaan sama ada yang di ketahui atau sebaliknya. Rasanya kami sudah buat sehabis baik dan majlis anda berjalan dengan jayanya. Terima kasih juga kepada pengantin-pengantin yang sudi bekerjasama untuk berkongsi rasa, perit dan duka bersama kami di sini. Mudah-mudahan perjalanan sebagai suami isteri berakhir sebagai satu penantian hakiki di syurga kelak.Bagi anak didik. Moga perniagaan sentiasa sukses selalu dan jangan malu bertanya jika tidak tahu. Maaf Nik ari tu Gee tak dapat nak balas yang u tanya pasal foundation tu. Hampir lupa, Gee masa tu Gee ada kursus so kalau tak keberatan kita boleh bersms lagi.
Akhir kata Salam lebaran. Jangan lupa skill yang ada tu di aktifkan kembali setelah sebulan bercuti. Test-test ler makeup sanak saudara supaya kita akan memperluaskan jaringan hubungan supaya dapat menempah nama kita di hati mereka nanti. Hasil solekan di pagi raya maybe akan menjadi isu yang diperkatakan selain bersyukur kegembiraan dia tas kemenangan umat Islam menjalankan Ibadah puasa. Ayuh! jangan lepaskan peluang yang ada dengan membuat promosi dan menghulurkan kad perniagaan kepada sanak saudara yang masih belum mengetahui perubahan yang anda lakukan untuk masa depan. Tapi sebelum itu jangan lupa memberi tumpuan untuk beribadah terutama 10 malam terakhir ini. Jangan lepaskan peluang. Dunia... dunia juga... akhirat kita kejar juga ya. Selamat berbahagia.

Ulasan

ynadona berkata…
gee.selamat ari raye....jgn lupa yna kat cni gee...=)
ye ynadona... selamat hari raya dan maaf zahir batin ye yana... cam mana raya. Persiapan cam mana... ok ker
ynadona berkata…
alhamdulillah,persiapan setakat ni ok je.simple2 je semua...rindu nak tgk entry2 baru gee...
InsyaALLAH.. kalau adabaru adlaha.. kita pun sibuk tengah buat persiapan last minit. Semuanya sederhana jer..

Catatan Popular