KELAS SOLEKAN GEE CANTIK DI MASJID TANAH MELAKA SUKSES!
Syukur alhamdulillah! Kelas Solekan Gee Cantik untuk Solekan pengantin yang berbentuk personal kelas telah pun berlangsung di Masjid Tanah Melaka. Buat julung kalinya di adakan di butik baru itu memberi ruang kepada peserta melebarkan sayapnya untuk melangkah ke dunia solekan yang penuh mencabar. Syikin, Syura dan Fara merupakan student baru Gee cantik yang bakal menempa nama suatu hari nanti. Kelas yang berlangsung seawal 9.30 pagi itu berjalan seperti yang dirancang cuma Syura terpaksa p[ulang ke rumah ada masalah peribadi yang perlu diselesaikan. Mujur rumahnya dekat sahaja di Alor Gajah Melaka. Kami menyambung semula kelas solekan setelah semuanya ada kembali. Terdapat 3 sesi pada hari tersebut. Pertama sesi pembersihan hati, kedua sesi step by step teknik sentuhan emas Gee Cantik dan seterusnya let's makeup yang memerlukan kepakaran dan pskologi dalam solekan.
Gee menggantung belon untuk meraikan peserta solekan yang bakal tiba. Persiapan ini dilakukan sehari sebelum majlis berlangsung. Pada Gee perserta harus di rai baru mereka bersemangat.
Gee di bantu oleh Chi Chi dan Azrin dalam membeuat persiapan. Chi Chi memastikan audio yang dipasang boleh digunakan kelak.
Setelah selesai Gee mengajar teknik penggayaan rambut dan pemasangan baju pengantin. TQ to model yang sudi menjadi model Gee Cantik pada hari tersebut...
Lihatlah hasil sentuhan emas Gee Cantik. Walaupun model tidak bercukur namun masih boleh menghasilkan solekan kemas. Teknik menyembunyi kening yang tidak dicukur juga di ajar oleh Gee.. Namun jika kening yag terlalu tebal sukar juga untuk melindunginya... Jika kening dicukur maka akan lebih kemaslah solekan. Cuma pandangan...
Buku Pesona Pengantin terbaru yang telah di berikan kepada peserta berbakat pada petang itu. Namun peserta yang tidak diuar-uarkan bukanlah ia menjadi pematah semangat dan penentu masa depan tetapi ia sekadar pembakar semangat kepada yang lain. Tahniah syikin...
Berikut adalah model-model yag telah disolek oleh para peserta. Mereka sangat berbakat malah boleh pergi jauh lagi dengan hasil pertama mereka ini. Nampak gayanya Gee cantik tak dapat cari makan ler... Huhuhuh pa da Gee rezeki di mana-mana... Ingat pesan Gee jangan bimbang dengan orang lain yang hebat, kita juga boleh menjadi hebat seperti mereka. Yang penting usaha dan berusaha dan berusaha... Jangan putus asa. Di hujung jalan nanti pasti ada kerlipan berlian yang menunggu kita di sana... Tahniah buat Syikin, Syura dan Fara. Anda mampu melakukannya. Yakin pada diri dan teruskan bersmaa Gee Cantik. Jika memerlukan bantuan boleh call Gee selepas ini. Dan anda boleh memilih tarikh untuk mengikuti Gee di mana sahaja Gee mmelakukan makeover... Yang pasti siapa usaha lebih dia akan dapat apa yang dia ingini :)
KOLEKSI BAJU BARU GEE CANTIK YANG MENCECAH RIBUAN RINGGIT
Ulasan
suka tgk. rajin btol tukar2 baju display. yg tgk ni berangan, bilaaaa nak tawen ni. ahaks!