IMA TAMAN KOSAS AMPANG SIMPLE TAPI MENARIK


Setelah berita kehilangan pic perkahwinan mereka maka baru Gee dapat paparkan untuk tatapan anda semua. Kebetulan Ima dan suaminya baru sahaja tamat penmhajian belajar dari luar negara dan menghadiahkan cenderahati ringkas kepada Gee baru-baru ini. Besar dan kecil hadiah bukan menjadi taruhan nilai tetapi nilai ingatan nya kepada Gee membuatkan diri ini begitu terharu. Tq so much uall... Di sini saya ingin kongsikan pengalaman waktu Gee memakeovernya tahun lepas. Perkahwinan mereka sangat simple dan mudah. Alhamdulillah...Majlis pertunangan Ima mudah sahaja diuruskan dengan bantuan kawan karibnya Cik Ida. sangat petah bercakap dan mempunyai pengalaman menguruskan perkahwinan. Kesemuanya di aturkan oleh Cik Ida dan famili Ima. Pertunangan Ima menggunakan pakaian berwarna merah jambu. Untuk kelihatan sweet. Memakeoverkannya senang dan dia teruja dengan solekannya pada hri itu.
Setelah selesai makeover ada dari sudut pandang dia kelihatan seperti imbasan wajah penyanyi terkenal iaitu Misya Omar. Orangnya mudah tersenyum dan membuatkan dia kelihatan berseri-seri sebagai pengantin baru. Pengalaman dan cara beginilah harus di ambil kira oleh pengantin lain agar sentiasa ceria dan mudah untuk melemparkan senyuman agar setiap momen yang berlaku dan bedikan lensa yang kandid membuatkan anda begitu bersahaja dan ceria di dalam gambar. Ingat gambar itu hanya diambil sekali seumur hidup. Tidak ada gambar gantian jadi ambil peluang itu supaya anda kelihatan gembira di hari bersejarah dan akan dilihat oleh cucu cicit nanti.
Setelah selesai secara pantas Gee menyiapkannya untuk acara pernikahan dan persandingan... Semuanya berjalan lancar dengan bantuan rakan dan juga memang luck Ima majlisnya tidak banyak masalah. Tengok tu berposing sakan Ima dengan suaminya. Huhuhu

Ulasan

Catatan Popular