SHIMA MEMILIH WARNA UNGU DI HARI PERSANDINGAN

Burung merpati terbang sejoli,
Singgah bersama di dahan sena,
Shima dan Sobrie padan sekali;
Bagai pinang dibelah dua.
Pengantin yang sangat ceria dan sentiasa senyum selalu. Kalau ada anugerah pengantin popular harus dimiliki oleh Shima. Memang pasangan ini amat sporting dan mudah bekerjasama dengan mereka. Seawal pagi Gee sudah bergerak awal menuju ke rumah Shima. Takut sesat katanya... Memang sesat sekejap berpusing-pusing mencari jalan ke rumah Shima. Akhirnya dengan izin ALLAH Gee sampai juga di perkarangan rumahnya di Klang. Tema warna purle menjadi pilihan Shima. Minggu tersebut memang ramai yang menyukai warna purple ni sedangkan minggu yang sudah baru sahaja Gee melihat baju Haslina. Kini baju Shima pula. Takpe yang penting baju ni Gee suka! Purple I like...
Celotehnya menceritakan pengalamannya dan barang yang hilang menjadi pengajaran kepada kita semua. Memang Gee simpati dengan Shima. Takpelah Shima orang yang mencuri barang tu memang takkan kaya. "Biarlah orang buat kita"... Doakan sahaja dia insaf atas perbuatannya. Baru-baru ni Gee melaluinya sekali lagi ketika memakeoverkan pengantin di Negeri Sembilan. Memang keji sungguh perbuatan orang yang bekerja di Hotel tersebut kerana tidak bertanggungjawab memindahkan barang-barang pengantin tanpa pengetahuan pengantin itu sendiri dan hilang sebuah handphone milik pengantin Gee. Geram betul Gee...(kalau nak cerita panjang jadinya) Disimpulkan kepada bakal pengantin harus berhati-hati dengan barang-barang berharga. Jika ada pemindahan barang biarlah kita lakukan sendiri dan jangan sesekali percaya dengan pekerja hotel yang tidak bertanggungjawab. Sabar ajelah...Ok kita sambung cerita pasal Shima. Terinterpframe pulak cerita kes hotel tu... Ok Untuk solekan Shima seperti biasaya Gee gunakan Smoky socket purle dan black serta rona pink. lipstik warna pink batter sesuai warna baju yang dipakai oleh Shima. Alhamdulillah sepanjang majlis berlangsung Shima dan suami amat berpuas hati dengan perkhidmatan Gee. Moga Shima dan suami tabah dan selamat berbahagia selalu.Oh terlupa dengan fotographer kita Amy dari Potret Jiwa telah bersama Gee dalam menyempurnakan majlis mereka. Sesiapa yang ingin mendapatkan sentuhan Amy bolehlah menempahnya. Salam jumpa lagi...
(Pesanan dari Shima buat Amy: Bila nak dapatkan album perkahwinan mereka)

Ulasan

Catatan Popular