HASLINA DEWAN WISMA SEJARAH, KUALA LUMPUR

Rasanya lama sungguh Gee tidak mengemaskini blog ni. Maklum ajelah sibuk dengan tugasan kerja dan juga banyak tempahan pengantin di luar sana. Baru sekarang Gee dapat menarik nafas untuk mengemaskini blog pilihan Intrend ini.
Kali ni, pengantin yang comel dan genit ini pula mendapat sentuhan Gee. Haslina seorang gadis comel yang telah melangsungkan perkahwinannya di Dewan Wisma Sejarah, Kuala Lumpur. Kalau di lihat dari segi persiapan di dewan ini amat meriah dan menarik. Cuma Gee tidak sempat untuk merakamkan gambar kenangan di dalam dewan ini. Wajah Haslina sememangnya cantik. tidak perlu melakukan perubahan pada wajah cuma sedikit untuk shading dan penekanan kepada dagu dan matanya yang besar itu membuatkan dirinya tampil menyerlah macam anak patung. Cun sangat! Lihatlah hasil solekannya...Haslina merakamkan gambar kenangan mereka di dalam h/p mereka. Gee juga dapat merasai kemesraan dan keserasian mereka ketika itu. So Sweet...Pelamin nan indah ini di miliki oleh Wedding Galore Butik. TQ to empunya butik, Julie kerana telah memberi job ni kepada Gee.

Ulasan

Catatan Popular